MALAYSIA
Pulau Pinang sedia ganda program STEM tahun depan
Jagdeep berkata komitmen itu lahir daripada perbincangan yang diadakan dalam mesyuarat bersama agensi berkaitan. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal menggandakan penganjuran program berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun depan sebagai usaha memperkukuh pembangunan bakat masa depan selaras dengan keperluan industri.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo berkata komitmen itu lahir daripada perbincangan yang diadakan dalam mesyuarat bersama agensi berkaitan.
"Tahun depan amat penting bagi kita. Mesyuarat yang baru selesai ini memfokuskan kepada perancangan untuk menggandakan program STEM kerana itu keutamaan kami," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jagdeep berkata program peringkat akar umbi perlu diperkasakan kerana pendedahan awal kepada sains dan teknologi akan membina asas kukuh dalam melahirkan tenaga mahir yang diperlukan sektor industri negeri.
Beliau berkata tahun ini sahaja menyaksikan 110 program STEM melibatkan 236,000 pelajar dan angka itu dijangka meningkat secara signifikan pada 2026 melalui penyelarasan program merentasi semua agensi negeri.
Jagdeep berkata sektor teknologi Pulau Pinang kini melibatkan lebih 500 syarikat multinasional (MNC) dan lebih 7,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memohon sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan bagi memperluaskan program STEM di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pulau Pinang akan gandakan program berkaitan STEM tahun depan untuk memperkukuh pembangunan bakat masa depan selaras dengan keperluan industri.
- Komitmen tersebut berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat bersama agensi berkaitan, fokus pada perancangan untuk menggandakan program STEM.
- Program ini penting untuk melahirkan tenaga mahir yang diperlukan sektor industri negeri, dengan sasaran meningkatkan program STEM hingga 2026.