SEREMBAN: Peruntukan bagi memulihara dan menyelenggara Pantai Teluk Kemang serta pembinaan jambatan baharu Kuala Lukut-Chuah di Port Dickson dilihat satu usaha yang signifikan dalam memacu sektor pelancongan serta ekonomi setempat di daerah itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata Port Dickson menerima ramai pengunjung setiap hujung minggu serta musim percutian sekali gus memerlukan infrastruktur yang baik dalam memastikan perkembangan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Katanya pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 itu juga membuktikan komitmen beliau selaku bekas Ahli Parlimen Port Dickson yang mengetahui kepentingan daerah ini sebagai satu destinasi pelancongan penting negara dan memperkasakan ekonomi penduduk setempat.
"Pembinaan jambatan itu juga dapat mengurangkan kesesakan trafik di jalan utama Port Dickson, selain itu juga sekarang ini, laluan dari Chuah ke Kuala Lukut banyak lampu isyarat. Pembinaan jambatan ini sangat memendekkan masa," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 semalam berkata sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Pantai Teluk Kemang, Tasik Timah Tasoh di Perlis dan Taman Eko-Rimba Kenong di Pahang.
Selain itu, sejumlah RM1.63 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf jalan di kampung dan desa, antara lain melibatkan Jalan Kuala Lukut ke Chuah, Port Dickson; Bachok, Kelantan dan Tambun Tulang, Perlis.
Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Wan Hasnan Wan Musa berkata jambatan Kuala Lukut-Chuah itu akan dibina sepanjang 400 meter dan jalan baharu dua kilometer dengan piawaian R2.
"Jambatan baharu dan jalan piawaian R2 akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk setempat serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Pembinaan ini juga dapat menghubungkan kampung ke kampung dengan masa lebih singkat," katanya.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, selain keindahan pantai yang perlu sentiasa terjaga, kemudahan di kawasan sekitar merupakan faktor utama bagi menarik kehadiran pelancong.
"Ini permulaan yang baik untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara. Port Dickson sendiri memang tempat tumpuan dan terkenal dengan pantainya yang cantik. Namun kalau tidak dijaga, ia akan merugikan kita," katanya.
Pegawai Daerah Port Dickson Nurhazelin Makli pula berharap peruntukan menyelenggara dan memulihara pantai disalurkan secara berkala untuk memastikan kawasan pantai awam di Port Dickson sentiasa dalam keadaan baik untuk menerima kedatangan pengunjung.
Katanya Port Dickson boleh dijadikan pangkalan untuk rangkaian pakej pelancongan negeri selain mewujudkan produk baharu atau mewujudkan tawaran pakej pelancongan bagi produk sedia ada dan dirangkaikan dengan produk utama di daerah lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Port Dickson menerima ramai pengunjung setiap hujung minggu serta musim percutian sekali gus memerlukan infrastruktur yang baik. - Bernama
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Peniaga khemah biru diarah henti operasi di pantai Port Dickson mulai 18 Nov
Notis arahan menghentikan perniagaan berkenaan melibatkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.
MPPD sita khemah di Pantai Telok Kemang Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyita sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
Tangkapan ikan di Port Dickson mencecah 502.6 tan metrik tahun lepas
Port Dickson merupakan penyumbang kepada pengeluaran utama perikanan tangkapan negeri mencecah 502.6 tan metrik dengan pengeluaran ikan secara keseluruhan bernilai RM10.42 juta tahun lepas.
Mayat lelaki dijumpai terdampar di Pantai Teluk Kemang
Lelaki tersebut berusia lingkungan 30-an, mempunyai tanda vaksin BCG di lengan kiri dan tatu 'AK47' di leher kiri.
Pengerusi pusat mengaji al-Quran mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pengerusi pusat pengajian al-Quran didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Tiga PPS ditutup selepas banjir di Port Dickson pulih sepenuhnya
PPS di Kampung Sungai Raya ditutup selepas banjir di rumah mangsa telah surut dan air pasang surut menunjukkan paras biasa iaitu 2.1 meter pada 10.30 pagi tadi.
Cerun runtuh, penduduk taman perumahan di Port Dickson tak lena tidur
Situasi itu turut menyebabkan penghuninya ada yang tidak tidur lena terutamanya ketika cuaca hujan susulan cerun berkenaan berada hanya tiga meter dari kediaman penduduk.