Puluhan senjata api buatan sendiri termasuk 1,600 butir peluru dirampas polis dalam serbuan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, dalam serbuan bermula 6 dan 7 Ogos lalu itu melibatkan tangkapan ke atas lapan lelaki tempatan berusia 20-an hingga 83 tahun.
Menurut beliau, antara yang dirampas adalah termasuk senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, pistol revolver buatan sendiri, senapang angin dan 612 butir peluru jenis 5.56 mm.
Jelasnya, tangkapan dan rampasan itu terbongkar susulan serbuan polis ke sebuah rumah di Kampung Kinaratuan, Ranau, pada 6 Ogos lalu sebelum menemukan sebahagian barangan tersebut.
Berikutan serbuan berkenaan, Zaini berkata, polis kemudiannya membuat tangkapan dan rampasan susulan di Kampung Tanah Merah, Kampung Kapatahan Bundu Tuhan, Kampung Debut dan Kampung Lohan Ulu di Ranau serta di Kem Tentera Lok Kawi, Kota Kinabalu.
"Tangkapan ini semuanya melibatkan rakyat tempatan, pada 6 haribulan 2.30 pagi sepasukan anggota polis diketuai JSJ negeri sabah dan dibantu oleh cawangan khas telah buat serbuan di sebuah rumah di Kampung Kinaratuan, Ranau.
"Dalam serbuan di rumah tersebut, sebuah bilik di tingkat bawah, kita telah rampas empat laras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, 26 butir peluru jenis bore pelbagai warna, yang ditangkap seorang lelaki berusia 61 tahun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zaini berkata, dengan tangkapan individu pertama itu, polis kemudiannya menahan lagi tujuh lelaki tempatan dalam tempoh 48 jam dan berjaya merampas senjata api buatan sendiri serta butir peluru di beberapa lokasi berasingan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati senjata api buatan sendiri itu dibuat oleh salah seorang suspek yang ditahan sebelum dijual kepada individu-individu lain atas alasan tujuan faktor keselamatan tanaman atau tujuan memburu.
"Kalau berdasarkan kita punya maklumat, dia datang sendiri ke rumah ini untuk membuat tempahan, ia tidak menggunakan orang tengah dia datang sendiri, tempah pun tempah sendiri.
"Sehubungan itu, kita cuba dapatkan buku tempatan dan sebagainya untuk memudahkan siasatan, kita sudah dapat maklumat-maklumat siapa pembeli, jadi serahkanlah diri anda dan serahkan senjata anda," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat enam kali jika sabit kesalahan.
Ruzaini Zulkepli
Tue Aug 13 2019
Zaini (tengah) menunjukkan senapang bakakuk dan butir peluru yang berjaya dirampas dalam tangkapan itu di sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, pada Selasa. - Foto Astro AWANI
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Puluhan senjata api bakakuk termasuk 1,600 butir peluru dirampas
Puluhan senjata api buatan sendiri termasuk 1,600 butir peluru dirampas polis dalam serbuan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.
Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri
Terdahulu seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.
Ancaman 'bakakuk' di Sabah meningkat
Bakakuk ataupun senjata api buatan sendiri semakin membimbangkan pihak berkuasa di Sabah.
Polis Sabah tangani isu salah guna bakakuk
Polis Kontinjen Sabah akan menangani secara serius isu pemilikan dan penyalahgunaan senjata api buatan sendiri atau bakakuk yang didapati semakin membimbangkan di negeri ini.