MALAYSIA
Puluhan warga asing ditahan atas dakwaan penipuan dalam talian di Pakistan
Menurut NCCIA, suspek dipercayai terlibat menjalankan skim Ponzi untuk menipu orang awam dan mengaut sejumlah besar wang melalui peluang pelaburan palsu dan penipuan digital. - Gambar hiasan
KARACHI (Pakistan): Pihak berkuasa antijenayah siber Pakistan pada Rabu memaklumkan mereka telah menumpaskan satu rangkaian antarabangsa yang disyaki terlibat dengan penipuan dalam talian, dan menahan kira-kira 150 suspek termasuk 71 warga asing, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Agensi Siasatan Jenayah Siber Kebangsaan (NCCIA) menyerbu sebuah bangunan di Faisalabad, bandar ketiga terbesar dan hab tekstil negara itu, “berdasarkan maklumat risikan” untuk menahan suspek, termasuk 18 wanita, menurut agensi itu.
Tahanan berkenaan merangkumi 71 lelaki dan wanita dari Filipina, Nigeria, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka dan Zimbabwe.
Mahkamah di Faisalabad kemudian memerintahkan semua suspek direman dalam tahanan NCCIA selama lima hari.
Menurut NCCIA, para suspek dipercayai terlibat dalam menjalankan skim Ponzi untuk menipu orang awam dan mengaut sejumlah besar wang melalui peluang pelaburan palsu dan penipuan digital.
Sebanyak tujuh kes berkaitan penipuan kewangan dan penipuan telah difailkan terhadap mereka, yang didakwa menyasarkan individu yang tidak menaruh syak wasangka – kebanyakannya rakyat Pakistan di luar negara – dengan memperdaya mereka melalui mesej media sosial untuk menyertai skim pelaburan palsu dalam talian.
-- BERNAMA