awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kematian Muhammad Nidza Afham diketahui selepas bedah siasat - KPN

Bernama
Bernama
15/08/2024
06:06 MYT
Punca kematian Muhammad Nidza Afham diketahui selepas bedah siasat - KPN
Semalam, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemukan di Sungai Klang pada kira-kira 7.30 petang selepas dilaporkan hilang. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis belum dapat mengklasifikasikan kematian Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang petang semalam sebagai kes jenayah atau sebaliknya sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bergantung kepada keputusan hasil bedah siasat sebagai petunjuk arah siasatan memandangkan belum ada saksi yang tampil memberikan maklumat berhubung penemuan mayat itu.
"Kes masih dalam siasatan dan kita dapat lihat telefon bimbit mangsa masih ada, cuma kad bank sahaja yang hilang.
Jadi, kita tunggu hasil siasatan daripada bedah siasat...dari situ baru boleh kesan punca dan membantu kita untuk tindakan seterusnya," katanya mengulas sama ada kes kematian penyanyi itu berkemungkinan disebabkan samun.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kali Kesembilan 2024 di sini hari ini.
Hadir sama Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) merangkap Komandan Kor SUKSIS UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Razarudin berkata proses bedah siasat masih berjalan di Hospital Shah Alam dan dijangka selesai petang ini.
Semalam, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemukan di Sungai Klang dekat sini pada kira-kira 7.30 petang selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu ketika keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman Klang seorang diri.
Adiknya Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar yang disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nidza Afham Mokhtar
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#Jambatan Sungai Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan