Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan tentang tentang insiden keracunan makanan yang berlaku di perhimpunan Bersih 4, namun, puncanya masih belum dapat dipastikan lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak dua kes keracunan makanan telah dilaporkan kepada Jabatan Kecemasan dan Traumatologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 1.30 petang, dan dilaporkan pernah minum air kotak berperisa laici yang diedarkan kepada peserta.
“Disebabkan jumlah kes yang dilaporkan hanya dua kes setakat ini, tidak dapat dipastikan kaitan kes cirit birit tersebut dengan air minuman yang diedarkan.
“Kes cirit-birit tersebut adalah pada tahap tidak serius dan pesakit telah dirawat sebagai pesakit luar.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang gejala (simptom) yang mencurigakan dinasihatkan untuk datang terus ke Jabatan Kecemasan dan Traumatologi HKL atau mana-mana hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera. Dalam keadaan kecemasan mohon hubungi talian 999 untuk bantuan ambulan.
“Jabatan Kecemasan dan Traumatologi HKL sedang berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
Semalam , ia dilaporkan bahawa tiga belas orang telah mendapat keracunan makanan semasa menghadiri perhimpunan itu.
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata insiden keracunan makanan pesertanya adalah suatu tindakan sabotaj dan cubaan untuk meracuni pesertanya.
T K Letchumy Tamboo
Sun Aug 30 2015
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan tentang tentang insiden keracunan makanan yang berlaku di perhimpunan Bersih 4, namun, puncanya belum dapat dipastikan lagi. - Gambar Fail
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.
'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali
Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih
Mohamad Sabu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 Sekysen 4 (2) (C) kerana menganjur atau menyertai satu protes jalanan pada perhimpunan Bersih antara 29 hingga 30 Ogos lalu.
'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal
Himpunan Rakyat Bersatu sedia berhadapan dengan Bersih 4 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan sebarang perhimpunan lagi pada masa akan datang.
Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan motif Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sekitar ibu negara, pada Rabu.
Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow
MCA menolak perhimpunan baju merah yang diadakan pada Rabu ini kerana boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.
'Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Bersih 4 akhir bulan lepas hanyalah untuk menumpang populariti perhimpunan itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk mengadakan perhimpunan Bersih akan datang di negeri di bawah pentadbirannya.
Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil
Mana-mana pihak dianggap biadab apabila menyalurkan kemarahan atau tidak puas hati dengan tindakan memijak gambar pemimpin.
Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu
PDRM akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan.