MALAYSIA
Punca pencemaran di Tanjung Kupang diketahui minggu depan
Punca pencemaran yang menyebabkan beratus-ratus ikan mati di sekitar Tanjung Kupang dekat sini bakal diketahui seawal minggu depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Mohamad.
Beliau berkata pihaknya kini masih menunggu laporan sampel air dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan kematian ikan secara besar-besaran itu.
"Kita dah minta LKIM dan JAS mengambil sampel air dan menilai apakah sebab berlakunya kejadian itu. Adakah akibat daripada penambakan atau sebab-sebab pencemaran lain," katanya kepada ketika dihubungi di sini hari ini.
Khamis lepas, kira-kira 10 kolam ternakan ikan dan 250 nelayan tradisional dilaporkan mengalami kerugian akibat ikan mati yang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penambakan tanah luar pesisir.
Singapura juga dilaporkan mengalami masalah yang sama iaitu kematian ikan secara besar-besaran tetapi punca kejadian masih belum dikenal pasti.
Ismail berkata setelah laporan sampel air itu diterima, kerajaan negeri akan mengenal pasti bantuan yang boleh diberi kepada nelayan-nelayan ini bagi meringankan beban kerugian mereka.
"Antaranya skim bantuan untuk membaik pulih ternakan ikan atau bantuan dari segi benih ikan," katanya.
Bagaimanapun, sekiranya punca pencemaran disebabkan kerja-kerja penambakan, kerajaan negeri akan memastikan pihak bertanggungjawab memberi pampasan yang sewajarnya kepada penternak dan nelayan-nelayan ini.