awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Punca pencemaran Sungai Semenyih diketahui minggu depan' - Wan Junaidi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
29/09/2016
11:56 MYT
'Punca pencemaran Sungai Semenyih diketahui minggu depan' - Wan Junaidi
Sampel air daripada tersebut kawasan sedang diuji dalam makmal untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar. - Gambar fail
Hasil siasatan punca pencemaran air mentah di loji rawatan air Sungai Semenyih hanya akan diketahui seawal minggu depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, makmal kimia perlu mengambil masa dua minggu untuk mengkaji punca pencemaran bermula hari penutupan loji pada 23 September lalu.
"Kita belum lagi jumpa punca bau itu, pihak loji sudah ambil sampel untuk dianalisa sama ada air tercemar atau tidak, sejauh mana, ada sudut bau kerana bacaannya sampai ke peringkat lapan.
"Sekarang sudah turun ke peringkat tiga. Masih belum dapat punca bau itu. Penyelidikan juga sudah dibuat di 226 premis dan tidak ada satu yang dikesan mengalirkan air ke sungai," katanya.
Wan Junaidi berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tahun 2016 di sini, hari ini.
Sebelum ini Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula pada 23 September lepas akibat pengesanan pencemaran di Sungai Semenyih.
Jelas Syabas, siasatan awal menuding kepada satu punca pencemaran daripada Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih.
Sampel air daripada tersebut kawasan sedang diuji dalam makmal untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini memberitahu, pelaku di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor perlu dihukum.
Tegasnya, pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, dan menambah, ia mungkin berpunca daripada sektor perindustrian berhampiran.
Dalam pada itu kata Wan Junaidi, JPS telah menggubal lima teras strategik dalam Pelan Strategik Jabatan sebagai usaha menerajui pengurusan sumber air negara.
"Antaranya merealisasikan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu, memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan zon pantai serta muara sungai dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu.
"Selain itu JPS juga akan melaksanakan program pemantauan dan ramalan air pasang surut selain memperkasakan dasar dan perundangan melalui rancangan penggubalan Rang Undang-undang Sumber Air Negara," katanya.
Topic Berkaitan
#Loji Rawatan Air Sungai Semenyih
#Sungai Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan