awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puncak Niaga kesal kenyataan MB Selangor

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/02/2013
11:15 MYT
Puncak Niaga kesal kenyataan MB Selangor
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan YAB Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa jika syarikat konsesi menolak tawaran pengambilalihan dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings, ia bermakna menolak tawaran rakyat Selangor.
Katanya lagi, Menteri Besar sepatutnya lebih memahami bagaimana sesebuah syarikat terutama syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham beroperasi.
“Para pelanggan SYABAS yang berjumlah lebih 7 juta orang adalah majoritinya rakyat Selangor. Para pemegang saham minority Puncak Niaga Holdings Berhad yang menyumbang 58.75% saham terbitannya juga majoritinya rakyat Selangor” tambahnya lagi.
Menurut Rozali, mengaitkan tawaran tersebut sebagai tawaran rakyat dan menolaknya sebagai menolak tawaran rakyat Selangor adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar sama sekali malah berbau politik.
Beliau menegaskan, bahawa dalam industri yang melibatkan perkhidmatan utiliti khususnya air, faktor keuntungan bukanlah merupakan matlamat mutlak syarikat tetapi kualiti perkhidmatan yang diutamakan.
Sebelum itu, Puncak Niaga Holdings Berhad hari ini mengesahkan telah menerima surat daripada pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor berkaitan dengan tawaran pengambilalihan dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings iaitu Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS).
Topic Berkaitan
#Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga
#Puncak Niaga Holdings
#SYABAS
#Tan Sri Rozali Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan