KUALA LUMPUR: Purata gaji dan upah bulanan susut sebanyak 9.0 peratus pada tahun 2020 sekali gus menjadi penurunan kali pertama sejak data mula dilaporkan pada 2010 melalui Survei Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, penurunan itu berlaku berikutan pasaran buruh negara mengalami momentum yang tidak menentu tahun lepas berikutan krisis kesihatan dan kesan ekonomi.
“Ini telah menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan serta pembatalan atau pembekuan pengambilan baharu dan seterusnya mengakibatkan penurunan dalam jumlah guna tenaga.
“Selain itu, pelaksanaan langkah-langkah pengekangan penularan COVID-19 yang ketat dalam
negara juga telah mengehadkan waktu operasi perniagaan dan menyebabkan berlakunya pengurangan waktu bekerja,” jelas Mohd Uzir.
Justeru itu, katanya, nilai purata gaji dan upah bulanan yang diterima oleh warganegara Malaysia tahun lepas menurun buat pertama kali sejak data siri masa ini dilancarkan mulai 10 tahun lepas, iaitu dengan kadar negatif 9.0 peratus.
Selain nilai purata, nilai penengah gaji dan upah bulanan juga menurun sebanyak dua digit iaitu 15.6 peratus (RM2,062), setelah merekodkan pertumbuhan purata 5.6 peratus sejak sembilan tahun yang lalu.
Penurunan nilai purata gaji dan upah bulanan ini direkodkan dalam semua sektor, dengan penurunan dua digit dicatatkan tiga sektor iaitu pertanian (-20.0%), perlombongan dan pengkuarian (-17.7%) serta pembinaan (-10.4%), manakala sektor perkhidmatan dan pembuatan masing-masing menurun sebanyak 9.4 peratus dan 2.8 peratus.
Pekerja mahir turut tidak terasing daripada kesan ini apabila nilai purata gaji dan upah menurun kepada RM4,619 pada 2020 daripada RM5,072 tahun sebelumnya.
Dalam masa sama, purata gaji dan upah turut menurun di setiap negeri, namun lebih banyak di bandar berbanding di luar bandar.
“Walaupun purata gaji dan upah bulanan bagi kedua-dua strata bandar dan luar bandar menurun pada tahun 2020, nilai purata di bandar mencatatkan penurunan yang lebih besar iaitu sebanyak 9.3 peratus kepada RM3,089.
“Sementara itu, nilai purata di kawasan luar bandar berkurang dengan kadar 5.5 peratus kepada RM2,086,” kata Mohd Uzir.
Mengikut negeri pula, beberapa negeri mencatatkan nilai purata melebihi paras nasional termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM3,823), Selangor (RM3,480), Negeri Sembilan (RM3,013) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM2,942) manakala pekerja di Putrajaya menerima purata gaji tertinggi iaitu (RM4,497).
Menurut beliau, cabaran bagi seluruh sektor ekonomi negara ini dijangka masih berterusan memandangkan kes baharu harian COVID-19 terus meningkat menjelang akhir Mei.
“Walaupun pelbagai fasa PKP telah dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun ini bagi
membendung penularan wabak tersebut, beberapa kelonggaran untuk aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi dengan pematuhan kepada SOP yang ketat,” kata beliau lagi.
Mohd Uzir bagaimanapun optimis bahawa inisiatif yang berterusan ke arah pemulihan ekonomi akan membawa kepada pemulihan pasaran buruh sekali gus membantu meningkatkan semula gaji pekerja.
Nailah Huda
Wed Jul 14 2021
Menurut Mohd Uzir Mahidin, penurunan itu berikutan pasaran buruh negara mengalami momentum yang tidak menentu tahun lepas berikutan krisis kesihatan dan kesan ekonomi. - Gambar hiasan Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.