awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi

Bernama
Bernama
09/02/2025
05:37 MYT
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Antara program dirancang pusat Islam itu ialah dakwah, kursus syariah untuk imam dan pendakwah, program Ramadan dan pengagihan al-Quran.- Foto MAIPs
KANGAR: Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Julai 2024, kini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Jumaat lepas.
MAIPs dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat Islam itu dijangka menjadi pusat utama bagi aktiviti keagamaan dan kebajikan di kawasan berkenaan dengan antara program dirancang ialah dakwah, kursus syariah untuk imam dan pendakwah, program Ramadan dan pengagihan al-Quran.
"Masyarakat setempat menyambut baik kewujudan pusat ini dan berharap ia dapat terus berkembang sebagai pusat penyebaran ajaran Islam yang murni serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh ukhuwah Islamiah di kawasan sekitar," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pusat Islam berkenaan mengadakan solat Jumaat pertama dengan khutbah disampaikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (UniSIRAJ) Dr Abdulrasheed Olatunji pada Jumaat lepas.
Pembinaan pusat Islam itu direalisasikan dengan sumbangan RM200,000 daripada MAIPs yang disampaikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs dengan diiringi anakanda baginda, iaitu Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail pada 27 Julai 2024 di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria.
Sumbangan itu diserahkan kepada Yayasan Amal Al Mawaddah yang berpusat di Ibadan dan diterima oleh Pengerusi Yayasan berkenaan Dr Abdulrasheed Olatunji serta Timbalannya Alhaj Ridwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat Islam
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#MAIPs
#Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan