Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah

Bernama
November 26, 2019 03:53 MYT
Kejadian tersebut disedari kakitangan pusat berkenaan pada pukul 7.20 pagi ketika ingin masuk ke pejabat terbabit. - Facebook Akmal Nasir
Pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di sini disimbah dengan cat merah dalam kejadian awal pagi tadi.
Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan.
Katanya, kejadian disedari kakitangan pusat berkenaan pada pukul 7.20 pagi ketika ingin masuk ke pejabat terbabit.
"Satu laporan polis telahpun dibuat oleh kakitangan saya. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
"Ada (terima laporan)...dalam siasatan" katanya.
-- BERNAMA
#ahli Parlimen #Ahli Parlimen Johor Bahru #Akmal Nasrullah Mohd Nasir #bangkai ayam #cat merah #Johor Bahru #laporan polis #mesej ugutan #pintu #Pusat Khidmat Rakyat #Shahurinain Jais #siasatan #simbah