awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat kuarantin PATI dan hospital medan inisiatif kekang penularan COVID-19 di Sabah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2020
10:22 MYT
Pusat kuarantin PATI dan hospital medan inisiatif kekang penularan COVID-19 di Sabah
Kerajaan meluluskan dan membiayai pusat kuarantin transit pendatang tanpa izin (di Sabah, bagi mengekang penularan dalam kalangan penghuni di depo tahanan. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan telah meluluskan dan membiayai pusat kuarantin transit pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah, bagi mengekang penularan dalam kalangan penghuni di depo tahanan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, empat lokasi telah dikenal pasti iaitu dua di Kota Kinabalu dan dua di Sandakan.
"Kesemua tahanan PATI baharu ini akan terlebih dahulu menjalani saringan swab test di pusat kuarantin ini.
"Jika didapati positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bagi yang negatif mereka akan dikuarantin wajib 14 hari di pusat tahanan ini," katanya.
Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia juga, kata beliau, akan mengaktifkan hospital medan di Tawau sebagai bantuan sokongan kes-kes perubatan selain COVID-19, seperti bersalin dan trauma.
"Hospital ini mempunyai 100 katil pelbagai wad dengan kekuatan seramai lapan pegawai perubatan dan 54 lain-lain pangkat terdiri daripada seorang komander, lima doktor pakar, tiga pegawai perubatan dan lain-lain kakitangan.
"Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan melaksanakan penerbangan secara harian ke Sabah bagi membantu KKM dalam urusan logistik termasuk membawa kakitangan perubatan serta membawa sampel saringan swab test ke makmal di Semenanjung," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Angkatan Tentera Malaysia
#TUDM
#KKM
#koronavirus
#Sabah
#pendatang asing tanpa izin
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan