awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Kulinari Negara bakal ditubuh di Jerantut - Ahmad Nazlan

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2020
21:38 MYT
Pusat Kulinari Negara bakal ditubuh di Jerantut - Ahmad Nazlan
Ahmad Nazlan melahirkan rasa bangga dengan kreativiti dan komitmen tinggi peserta Kursus Profesional Seni Pastri dan Kursus Profesional Kulinari Kreatif di Jerantut, Pahang. - Gambar PSMB
KUALA LUMPUR:Jerantut akan menjadi lokasi Pusat Kulinari Negara terutamanya dalam pembuatan dan penghasilan pastri dan bakeri di negara ini.
Menurut Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Nazlan Idris, cadangan penubuhan pusat itu di Jerantut akan dibentangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat.
“Cadangan mewujudkan pusat kulinari ini timbul selepas lebih 350 peserta Kursus Profesional Seni Pastri dan Kursus Profesional Kulinari Kreatif menamatkan latihan dengan cemerlang dan jayanya.
“Kursus di bawah inisiatif untuk kumpulan B40 anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang berlangsung di Jerantut bermula pada 16 November dan berakhir pada 2 Disember ini berjaya melahirkan tenaga kerja mahir dan dinamik dalam pembuatan dan penghasilan pastri dan bakeri di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Perasmian Kursus Tahap 2 Sijil Profesional Kulinari Kreatif (Sesi 2) di Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Jerantut.
Dalam pada itu, Ahmad Nazlan turut memaklumkan, peserta yang menamatkan latihan dianjurkan Pusat Kulinari Negara akan menerima pengiktirafan daripada London Examination Board (LEB) di United Kingdom.
Tambahnya, objektif utama penubuhan Pusat Kulinari Negara di Jerantut adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta menyuntik semangat lebih ramai rakyat untuk menjadikan bidang kulinari sebagai kerjaya pilihan.
Ahmad Nazlan berkata, kursus anjuran PSMB dibimbing cef berpengalaman diketuai Mohammad Roizziddin Mohd Razalli yang merupakan pengasas Pastry Trainer Malaysia.
Dalam ucapannya, Nazlan turut melahirkan rasa bangga dengan kreativiti dan komitmen tinggi peserta yang membuktikan kemampuan dengan mengolah resipi mudah kepada persembahan kek dan pastri.
“Peserta telah membuktikan kebolehan dan kreativiti dalam memberi nilai tambah terhadap produk pastri dan bakeri yang mereka pernah hasilkan sebelum ini,’’ katanya.
Topic Berkaitan
#Parlimen Jerantut
#Pusat Kulinari Negara
#pastri
#bakeri
#Datuk Ahmad Nazlan
#Pembangunan Sumber Manusia Berhad
#PSMB
#Jerantut
#B40
#London Examination Board
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan