awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat pelancongan haram di Cameron Highlands diroboh

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2024
01:00 MYT
Pusat pelancongan haram di Cameron Highlands diroboh
Anggota MDCH melakukan kerja-kerja meroboh binaan haram dalam satu operasi di sebuah pusat pelancongan di Cameron Highlands pada Isnin. - Foto Facebook/MDCH
KUANTAN: Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan meroboh sebuah pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands pada Isnin.
MDCH dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Menurutnya, operasi bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.
"Operasi turut disertai kakitangan MDCH, jabatan dan agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB).
"Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands ditugaskan untuk kawalan keselamatan sepanjang operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan," jelas MDCH melalui kenyataan itu.
Jelasnya, tindakan penguatkuasaan itu sebagai peringatan kepada semua pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan.
Operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#roboh
#binaan haram
#MDCH
#pusat pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan