awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat pemprosesan ayam kotor diarah tutup - DBKL

Bernama
Bernama
12/09/2020
09:08 MYT
Pusat pemprosesan ayam kotor diarah tutup - DBKL
Pemeriksaan mendapati premis itu menjalankan perniagaan memproses ayam hidup tanpa lesen. Gambar/ FB@dbkl2u
Sebuah pusat pemprosesan ayam di Jalan Sungai Besi, di sini diarah tutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Jabatan Penguatkuasaan mendapati tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan premis itu telah diambil tindakan ditutup serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjalankan perniagaan memproses ayam hidup tanpa lesen, menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah, iaitu dua pekerja Bangladesh dan satu dari India serta pengendali makanan gagal mendapatkan suntikan kepialu (thyphoid).
"Premis itu juga membuat atau menempatkan atau menumpahkan darah, air masin, buangan cecair kotor atau lain-lain benda di tempat awam, menyalurkan air buangan terus ke longkang awam dan lantai serta dinding premis kotor dan berdaki hitam," menurut kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi peraturan supaya menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#ditutup
#jalan sungai besi
#kerajaan
#kotor
#Kuala Lumpur
#pemprosesan ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan