[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

Pusat penamaan calon PRK Ayer Kuning ditutup 10 pagi

Bernama 12/04/2025 | 02:15 MYT
Anggota polis memulakan tugasan pada proses penamaan calon sempena PRK DUN Ayer Kuning, di pekarangan Dewan Merdeka Tapah. - Foto BERNAMA
TAPAH: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka di sini ditutup pada 10 pagi ini, selepas dibuka selama sejam bermula 9 pagi tadi.
Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 25 April.
-- BERNAMA
#PRK Ayer Kuning #pusat penamaan calon #SPR #Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori