NATIONAL
Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah PPN Perak mampu hasil 5,000 tan metrik setahun

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri Perak di sini hari ini. - Foto Bernama
PARIT BUNTAR: Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak dijangka mampu menghasilkan kira-kira 250,000 beg Benih Padi Sah (BPS) dengan kapasiti pengeluaran 5,000 tan metrik setahun.
Ringkasan AI
- Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah PPN Perak dijangka menghasilkan 250,000 beg benih padi sah dengan kapasiti 5,000 tan metrik setahun, memberi manfaat kepada 16,000 pesawah di negeri itu.
- Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan pusat berkenaan, disertai Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan pemimpin negeri termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
- Selain pusat di Perak, tiga lagi pusat pengeluaran benih padi sah diwujudkan di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah bagi memperkukuh industri padi dan beras negara serta meningkatkan pendapatan pesawah.
"Patik percaya, setelah tertubuhnya pusat pengeluaran ini pembangunan di daerah ini juga akan menyusul.
"Pembangunan ekonomi dan sosial adalah sebahagian manfaat yang diterima masyarakat sekitar sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya ketika menyampaikan sembah ucapan sempena Majlis Perasmian Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah PPN Perak di sini hari ini.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian pusat berkenaan.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata terdapat tiga lagi pusat pengeluaran benih padi sah yang diwujudkan di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah bertujuan melengkapkan rantaian nilai industri padi.
Beliau berkata kementerian memberi tumpuan kepada dua agenda utama iaitu mereformasi industri padi dan beras negara serta meningkatkan produktiviti ruminan, khususnya pengeluaran daging lembu serta kerbau.
"Reformasi industri padi dan beras tidak hanya bertujuan kemandirian bekalan, tetapi juga untuk membawa industri ke tahap lebih tinggi serta meningkatkan pendapatan para pesawah kita," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami