awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Permata Kurnia penyelesaian terbaik untuk anak autisme

Bernama
Bernama
01/06/2016
23:06 MYT
Pusat Permata Kurnia penyelesaian terbaik untuk anak autisme
Semua guru di pusat itu telah diberi latihan awal selain mempunyai sijil pengendalian operasi kanak-kanak autisme. -Foto Permata Kurnia
Pusat Permata Kurnia merupakan penyelesaian terbaik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak penghidap autisme kerana memiliki kemudahan yang lengkap serta tenaga pengajar yang terlatih.
Pengarahnya, Prof Madya Dr Hasnah Toran berkata semua guru di pusat itu telah diberi latihan awal selain mempunyai sijil pengendalian operasi kanak-kanak autisme dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.
"Pasukan pengajar di sini semuanya muda-muda, mereka sangat bersemangat dan hari demi hari menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan yang memberi impak positif kepada anak-anak di bawah jagaan mereka," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.
Sementara itu, Mohd Hafiz Maszron, 31, bapa kepada salah seorang pelajar di pusat itu, berkata pelbagai usaha dilakukan untuk memberi pendidikan dan penjagaan terbaik untuk anaknya namun semuanya kurang berhasil.
"Saya pernah membuat perjanjian dengan sebuah prasekolah swasta untuk membayar segala ganti rugi sekiranya anak saya yang menghidap autisme itu melakukan sebarang kerosakan di prasekolah tersebut sepanjang waktu persekolahannya.
"Disebabkan menghidap autisme kebanyakkan prasekolah tidak mahu menerima dia sehingga saya terpaksa berbuat begitu," katanya.
Hafiz juga menjelaskan, anaknya yang berusia lima tahun itu menunjukkan banyak perubahan selepas menyertai pusat itu.
"Perubahan yang paling ketara ialah Luth (anaknya) sudah boleh pergi ke tandas sendiri dan sudah tidak lagi memakai lampin berbanding sebelum memasuki pusat itu.
"Luth juga sudah pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran, kalau dulu dia tidak hiraukan sesiapa dan hanya tahu menjerit kalau mahukan sesuatu.
Bagi Zareena Shamarudin pula, sepanjang menyertai pusat itu sejak Disember lepas, anaknya Muhd Ziyad, 5, menunjukkan perubahan perubahan memberangsangkan.
"Macam tak percaya, anak saya duhulu memang susah untuk duduk diam apatah lagi untuk belajar macam kanak-kanak lain namun selepas hampir enam bulan, dia sudah mula berminat untuk belajar dan boleh memahami arahan yang diberikan kepadanya," katanya.
Pusat Permata Kurnia yang terletak di Sentul di sini, pakar dalam pendidikan dan pembangunan kanak-kanak autisme, diilhamkan Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia menawarkan antara lain program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak autisme berumur empat hingga tujuh tahun.
Topic Berkaitan
#Hasnah Toran
#kanak-kanak autisme
#Pusat Permata Kurnia
#sijil pengendalian operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan