MAKKAH: Jika dlihat dari luar, bangunan yang menempatkan Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah kelihatan seperti biasa sahaja tetapi apabila berada di dalamnya, pengunjung pasti teruja melihat segala kelengkapan perubatan yang disediakan.
Bukan sahaja mempunyai wad sendiri, tetapi TH juga melengkapkan perkhidmatan mereka dengan menempatkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang, 18 ambulans dan peralatan perubatan mencukupi.
Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohamad Nazarudin Bahari berkata lebih membanggakan apabila setiap analisis dan pemantauan pegawai perubatan Malaysia diterima tanpa sebarang keraguan oleh doktor yang bertugas di Hospital Arab Saudi sama ada di Makkah dan Madinah.
Katanya, keadaan sedemikian membolehkan pesakit mendapat rawatan segera dan pegawai perubatan TH mudah melakukan pemantauan berterusan.
"Pusat Rawatan Syisyah dan klinik kesihatan lain di tempat penginapan jemaah haji sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Jika pada 2012 ketika saya baru sampai di Makkah, hanya ada dua pakar sahaja dan ia makin bertambah pada tahun selepasnya. Sekarang ini kita mempunyai 24 orang pakar. Itupun sebenarnya masih ramai doktor pakar lain tetapi mereka berstatus pegawai perubatan di sini," katanya kepada pemberita.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengagumi kebolehan dan kepatuhan Malaysia dalam bidang perubatan, malah sebagai memenuhi syarat, kesemua doktor bertugas akan menghantar sijil kelayakan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan terlibat dalam operasi musim haji.
"Jika dibandingkan dengan negara lain, TH memang menyediakan perkhidmatan terbaik dari pelbagai segi. Ada ketika saya bersama pasukan kecemasan untuk pemeriksaan ambulans di Bulan Sabit Merah Jeddah.
"Apabila datang sahaja ambulans Malaysia, petugas Arab Saudi sangat puji dan mereka melahirkan rasa kepercayaan terhadap Malaysia. Kesemua 18 buah ambulans kita memang bagus dan petugas itu hanya hendak tengok sahaja, " katanya.
Sementara itu, dalam majlis perhimpunan petugas bersama Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pasukan perubatan TH menerima pujian kerana berjaya memperoleh permit beroperasi daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Lebih membanggakan apabila Pusat Rawatan TH bagi sektor Madinah diiktiraf sebagai pusat operasi perubatan yang pertama di seluruh Arab Saudi manakala Pusat Rawatan TH Syisyah dan Pusat Kecemasan di Abraj Al Janadriah memperoleh permit yang pertama dan kedua di Makkah.
Ketika berucap, Syed Saleh berkata pasukan perubatan bukan sahaja membuktikan kebolehan Malaysia dalam memastikan mutu perkhidmatan kesihatan tetapi juga mencipta rekod tersendiri di peringkat antarabangsa.
Mengikut rekod, pusat rawatan di Madinah dan Makkah menyediakan seramai 254 petugas termasuk 28 pakar, 35 pegawai perubatan serta 158 kakitangan sokongan seperti jururawat dan fisioterapi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022

GAMBAR FAIL: Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Syisyah mempunyai 197 katil bagi merawat jemaah haji. - BERNAMA

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Isu iPay88 | K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah mengambil tindakan serta merta berhubung insiden keselamatan siber membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada Jumaat.
![[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang [TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982384/thumbnails/28747943721660322823997_640x360.jpg)
[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang
Penulis novel kontroversi, Salman Rushdie, diserang ketika beliau hendak memberi syarahan di New York, pada Jumaat. Serangan dilakukan oleh seorang lelaki yang belum dikenal pasti.

Polis nafi kasari suspek kes dadah
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.

Malaysia-Qatar | Pertingkat hubungan dagangan kedua-dua negara
Qatar dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada dan juga komited untuk meningkatkan keupayaan hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

Pertahanan | Latihan ketenteraan bersepadu perkukuh Indo-Pasifik
Lebih 5,000 tentera dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Singapura dan Indonesia terlibat dalam latihan ketenteraan bersama berhampiran kepulauan Sumatera pada Jumaat, terbesar sejak dimulakan pada 2009. Diadakan setiap tahun serta diketuai oleh AS dan Indonesia, ia bertujuan memperkukuh kerjasama serantau selain kebimbangan yang semakin meningkat akibat perluasan pengaruh China di kawasan Indo-Pasifik.

Kebakaran | Taman Negara Serra da Estrela terbakar
Lebih 1,600 anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran melibatkan Taman Negara Serra da Estrela di Portugal pada Khamis. Kebakaran yang dilaporkan berpunca akibat cuaca panas itu menjejaskan sekitar hampir 2,500 hektar kawasan hutan.

PRU15 | Wan Saiful sedia bertanding kerusi Kubang Pasu
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan sedia bertanding di Parlimen Kubang Pasu, Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Wan Saiful, ia bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU lalu selepas Ahli Parlimennya, Datuk Amiruddin Hamzah lompat ke Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pusat Rawatan TH Syisyah lengkap pelbagai kemudahan, rawat jemaah haji Malaysia
Setiap analisis dan pemantauan pegawai perubatan Malaysia diterima tanpa sebarang keraguan oleh doktor yang bertugas di Hospital Arab Saudi sama ada di Makkah dan Madinah.