awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat tahfiz terbakar: 'Mereka macam anak saya sendiri' - Saksi awal

Isabelle Leong
Isabelle Leong
14/09/2017
04:35 MYT
Pusat tahfiz terbakar: 'Mereka macam anak saya sendiri' - Saksi awal
Norhayati, saksi awal kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, menahan sebak apabila diwawancara. - Gambar Astro AWANI
Azan Subuh sedang berkumandang.
Dalam keheningan pagi, kedengaran jeritan dan tangisan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Kampung Datok Keramat di sini.
Jiran yang dikenali hanya sebagai Norhayati dikejutkan daripada tidurnya sekitar jam 5 pagi tadi hanya mampu menangis melihat peghuni di pusat tahfiz yang sedang dijilat api itu meminta pertolongan.
“Akak dengar anak-anak kecil jerit tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya boleh nangis sahaja," kata Norhayati, seorang peniaga kuih yang berniaga berhampiran pusat tahfiz tersebut.
“Semua jerit meminta tolong, tolong. Ada tangan di tingkap," tambahnya.
Apabila ditanya sama ada Norhayati mengenali penghuni di pusat tahfiz itu, beliau berkata bahawa beliau menganggap mereka sebagai anak-anak sendiri.
“Semua akak kenal. Akak jual pisang goreng. Kami berbual-bual, bergurau setiap hari. Mereka macam anak akak sendiri.”
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berusaha mengawal kebakaran hingga jam 6.15 pagi.
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 25 maut, beberapa lagi kritikal
Topic Berkaitan
#maut kemalangan
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah
#saksi
#tahfiz
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan