Pusat urut dibenarkan beroperasi, antara lima perkara penting sidang media PKPP

Firdaus Azil
Jun 26, 2020 07:25 MYT
Kerajaan membenarkan kembali pembukaan spa, wellness dan pusat urut kaki bermula 1 Julai ini.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini membenarkan pembukaan semula pusat spa, pusat kesihatan (wellness) dan pusat urut kaki bagi merancakkan kembali industri pelancongan di negara ini.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, selain itu, kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan kembali operasi sekolah dan madrasah tahfiz.
Berikut merupakan lima perkara penting dari sidang media harian beliau pada Jumaat (26 Jun):
1. Spa, pusat kesihatan (wellness) dan pusat urut kaki dibenarkan operasi mengikut SOP dan hanya warga Malaysia dibenarkan berkerja
2. 250 orang sahaja dibenarkan untuk 'sub-sektor meetings, incentives, conventions and exhibitions' (MICE), pelancongan dan pameran dagangan pada satu-satu masa serta muat turun aplikasi MySejahtera
3. Membenarkan duta dan kakitangan kedutaan warga asing bersolat Jumaat di masjid bermula 3 Julai, 2020.
4. Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan dibuka dan perlu mematuhi SOP ditetapkan KPM,
5. Pusat tuisyen, sekolah pendidikan khas dan institusi pendidikan swasta dibenarkan beroperasi.
#COVID-19 #ismail sabri yaakob #madrasah #PKP #PKPP #pusat urut #sekolah tahfiz #SOP #SPA #urut kaki #wellness