awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puspakom guna pengalaman tiga dekad kekal relevan, sedia bersaing

Bernama
Bernama
24/03/2025
23:30 MYT
Puspakom guna pengalaman tiga dekad kekal relevan, sedia bersaing
Puspakom bersedia untuk berkongsi kepakaran dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat baharu dalam industri pemeriksaan kenderaan bagi memastikan keselamatan jalan raya kekal menjadi keutamaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sedia berkongsi kepakaran dan bersaing dengan tiga syarikat lantikan Kementerian Pengangkutan bagi melaksanakan perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) menjelang 2027.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahmood Razak Bahman berkata pengalaman selama 30 tahun menjadi penanda aras pemeriksaan kenderaan dan keselamatan jalan raya di Malaysia akan membuatkan Puspakom kekal relevan dalam pasaran.
"Kini kami (Puspakom) berada dalam fasa baharu dan sudah tiba masanya untuk menggandakan usaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan, inovasi dan integriti bagi memastikan setiap kenderaan di jalan raya selamat.
"Pengalaman mengendalikan sekitar 1.4 juta kenderaan setiap tahun membuktikan Puspakom mempunyai kaedah sistematik dan dipercayai kebanyakan pihak," katanya kepada pemberita selepas Iftar Ramadan Puspakom di sini pada Isnin.
Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis itu turut meraikan 20 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Cheras selain pelancaran tayangan montaj video eksklusif dan episod akhir siri web bertajuk "Inspection Hati Aidil".
Mahmood berkata Puspakom bersedia untuk berkongsi kepakaran dan menjalinkan kerjasama dengan tiga syarikat baharu dalam industri pemeriksaan kenderaan bagi memastikan keselamatan jalan raya kekal menjadi keutamaan.
Beliau berkata Puspakom menyambut baik kehadiran pemain baharu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan sekali gus memberikan manfaat kepada pengguna.
"Saya mengalu-alukan persaingan kerana ia akan mendorong semua syarikat untuk bekerja dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan bagi Puspakom sendiri, tahap kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan kami masih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puspakom
#Mahmood Razak Bahman
#kenderaan
#konsesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan