MALAYSIA
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
Puspakom Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.
SHAH ALAM: Puspakom Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan supaya lebih stabil, telus dan mesra pelanggan.
Menurut penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan itu, pelarasan tersebut sebahagian daripada persediaan pelaksanaan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan baharu yang kini berada pada fasa akhir, merangkumi integrasi automatik dengan portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan serta penambahbaikan proses pemulangan bayaran yang lebih teratur.
"Pelarasan caj ini seiring persediaan untuk melancarkan sistem tempahan baharu yang menampilkan penjenamaan semula, paparan serta fungsi yang ditambah baik bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan proses tempahan," menurut Puspakom dalam kenyataan hari ini.
Puspakom turut memaklumkan caj pemprosesan sedia ada tidak pernah disemak sejak sistem tempahan pemeriksaan dalam talian diperkenalkan pada 2017 dan pelarasan itu perlu bagi memastikan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan terus relevan dengan keperluan semasa industri automotif serta jangkaan pengguna.
Dalam pada itu, perincian penuh mengenai sistem tempahan baharu berkenaan akan diumumkan Isnin ini. Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Puspakom di talian 03-5101 7000 atau e-mel ke customerservice@puspakom.com.my serta mengikuti @puspakomofficial di Facebook, Instagram dan TikTok.
-- BERNAMA