awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia

Bernama
Bernama
29/11/2023
12:59 MYT
Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menamatkan lawatan negara pertamanya ke Malaysia yang bermula Ahad lepas. - Foto BERNAMA
SEPANG: Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Putera Albert memeriksa kehormatan terdiri daripada 24 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) diketuai Kapten Harith Iskandar Jamal di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira 3.15 petang sebelum menaiki pesawat khas.
Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar dan Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid.
Putera Albert tiba di Malaysia pada Ahad lepas untuk lawatan berkenaan.
Semasa di Malaysia, Putera Albert menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dan menghadiri Forum Ekonomi Monaco 2023.
Semalam, Putera Albert turut melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Albert II
#Singapura
#lawatan
#Malaysia
#Monaco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan