MALAYSIA
Puteri UMNO pemangkin masa depan parti - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata Puteri UMNO merupakan nadi dinamik yang mewakili suara wanita muda, berani ke hadapan, bijak menyusun gerak kerja dan tidak pernah gentar mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan. - Gambar Facebook Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO sempena ulang tahun ke-24 penubuhan sayap itu yang terus teguh menjadi tulang belakang perjuangan parti sejak lebih dua dekad.
Menerusi hantaran Facebook, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Puteri UMNO merupakan nadi dinamik yang mewakili suara wanita muda, berani ke hadapan, bijak menyusun gerak kerja dan tidak pernah gentar mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan.
"Dari medan media sosial hingga ke akar umbi desa dan kota, Puteri sentiasa hadir menyumbang tenaga dan menyemarakkan semangat juang," katanya.
Beliau berkata ulang tahun kali ini hadir pada waktu yang cukup penting iaitu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang disifatkan sebagai medan ujian dan peluang membuktikan kematangan serta kewibawaan Puteri UMNO sebagai suara masa depan."Saya percaya dengan kekuatan solidariti dan semangat kental, Puteri UMNO akan terus melakar kejayaan, bukan hanya dalam parti, tetapi dalam membina bangsa dan memacu negara.
"Selamat Ulang Tahun Ke-24 Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Teruslah bersinar sebagai peneraju wanita muda tanah air," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami