[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Putin jemput Yang di-Pertuan Agong lawat Rusia

Bernama 14/05/2025 | 22:00 MYT
Anwar ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin yang merupakan agenda utama lawatan rasmi beliau ke Rusia. - Foto BERNAMA
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kremlin, meminta Perdana Menteri Malaysia itu menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melawat Rusia.
"Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada ketua negara, Sultan Ibrahim," kata Putin kepada Perdana Menteri, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
"Kami menantikan keberangkatan baginda ke Rusia," kata Presiden itu.
-- BERNAMA
#Vladimir Putin #jemput #Yang di-Pertuan Agong #lawat Rusia