Puting beliung landa Kedah lagi

Astro Awani
November 12, 2014 11:19 MYT
Antara foto puting beliung di Kuala Sala yang dikongsi orang ramai di media sosial
Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.
Menurut laporan Bernama, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau rosak teruk akibat dilanda putting beliung.
Pusaran angin dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit.
Seorang mangsa, Che Tim Ahmad, 54, berkata kepada Bernama, ketika itu dia bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16, dikejutkan dengan deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumah mereka dalam sekelip mata.
Suri rumah itu berkata mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu utama disebabkan tekanan angin yang kuat.
"Saya dan dua anak panik ketika itu dan hanya mampu berdoa selepas tidak dapat buka pintu. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.
November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.
Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.

Kejadian #ribut dan puting beliung dikesan berlaku di kawasan Kuala Sala, #Kedah petang tadi. #waspada pic.twitter.com/owd6SZVWeg

— PortalBanjirKedah (@PBanjirKDH) November 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Puting Beliung tadi kat Kuala Sala, Alor Star. pic.twitter.com/IMjlcbTWY8

— P e a c e✌ (@OpsDekly1) November 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Puting Beliung dekat Kuala Sala.. Info dari salah sorang member group ws.. Allahu :'( pic.twitter.com/ttEDdVNQSZ

— De'Leijen. (@EzzatiAmran) November 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Puting beliung. Lokasi kuala sala yan,Kedah. Pukul 3 tadi #mytu pic.twitter.com/czLjpMEZh6

— Tengku A.Zuhairi (@TengkuZuhairi) November 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kota Sarang Semut #kuala sala #puting beliung