PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan komited menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar rekreasi pertama di negara ini, selain sebagai pusat pentadbiran negara.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut akan memberi nilai tambah dan komersial kepada Putrajaya, sekali gus menjadi lokasi tarikan pelancongan dan menjana pendapatan ekonomi setempat.
Tegas Annuar, bagaimanapun pembangunan yang dirancang tidak akan menjejaskan konsep dan ciri-ciri asal Putrajaya.
"Jadi segala-galanya sudah ada, kita ada tempat yang cantik, landskap yang cantik, tasik yang cantik dan bangunan-bangunan dari seni bina yang cantik. Tetapi kita perlu (perancangan) bagaimana semua ini dapat dipakejkan supaya ia menjadi satu tarikan yang bertaraf nasional dan antarabangsa.
"Apabila hujung mingu seperti ini kita tengok sunyi dan sepi sahaja. Kita mahu apabila hujung minggu orang sekitar Putrajaya atau tempat lain akan datang. Jadi, ia mungkin perlu ada elemen tertentu seperti penganjuran program," katanya kepada pemberita selepas melakukan program ‘walkabout’ ke Kiosk Usahawan Muda Kota dan Anjung Floria Putrajaya, di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, beberapa penyesuaian perlu dilakukan termasuk melihat semula peranan utama Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam merangka perancangan masa depan.
Tambahnya lagi, syarikat-syarikat swasta juga dialu-alukan untuk membuat pelaburan dan memberikan idea terhadap usaha merealisasikan bandar rekreasi itu.
"Banyak pihak swasta apabila sebut Putrajaya, mereka 'reserve' sikit sebab berasakan banyak perkara yang tidak boleh (dilakukan) berbanding apa boleh dilakukan (di Putrajaya).
"Sedangkan kalau mereka datang melihat betul-betul banyak sebenarnya (peluang). Jadi, kita kena berikan petunjuk yang betul agar lebih banyak sektor swasta datang melabur.
"Malah, kita juga sedang memikirkan untuk meminta setiap kerajaan Negeri untuk mempamerkan seni budaya mereka di Putrajaya," katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Annuar memaklumkan Anjung Floria Putrajaya akan dihidupkan sebagai pusat setempat rekreasi yang dikenali sebagai Pit-Stop@Anjung Floria.
Pemilihan Anjung Floria yang pernah menjadi tapak penganjuran Floria Diraja Putrajaya itu bersesuaian dengan lokasinya yang strategik, selain memiliki panorama dan binaan ikonik yang menarik.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 13 2021
Annuar (kiri) dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain (kanan) meninjau kawasan taman di sekitar Anjung Floria semasa program tinjauan mesra ke Kiosk Usahawan Muda Kota dan Anjung Floria Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
Malaysia hargai sokongan kuat Ethiopia dalam BRICS - PM Anwar
Malaysia menghargai sokongan kuat dan tegas Ethiopia dalam usaha negara untuk menjadi rakan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
8,000 tempat duduk, 400 tapak ‘glamping’ disediakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya
8,000 tempat duduk disediakan kepada pengunjung sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu akan datang berbanding hanya 4,000 tempat duduk tahun lalu.
Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berpuas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.
Hari Kebangsaan: Teksi air boleh didapati di lima lokasi - Fahmi
Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan teksi air di lima lokasi sekitar sini pada 31 Ogos nanti, iaitu di jeti Monumen, Anjung Floria, jeti Kelab Tasik Putrajaya, jeti Ayer 8 dan jeti Marina.
21 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup 6 jam mulai 27 Ogos untuk raptai Hari Kebangsaan
Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.
Raptai penuh Hari Kebangsaan berlangsung tiga hari bermula 27 Ogos ini
Laluan perarakan sambutan Hari Kebangsaan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menuju ke Masjid Putra di Putrajaya akan siap diatur menjelang 22 Ogos ini.
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.