MALAYSIA
Putrajaya galak kerajaan negeri lulus perlombongan REE, ikut SOP - Nik Nazmi
Nik Nazmi hadir bagi memeriksa dua kontena yang mengandungi sisa elektronik (e-waste) haram di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada Isnin. - Foto BERNAMA
KLANG: Kerajaan Persekutuan menggalakkan kerajaan negeri untuk membenarkan perlombongan unsur nadir bumi (REE) susulan kejayaan pertama pemisahan heavy rare earth oleh syarikat Australia, Lynas Rare Earths di loji pemprosesannya di Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu.
Ringkasan AI
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia menyasarkan untuk menjadi hab serantau bagi perlombongan dan pemprosesan nadir bumi.
“Ini merupakan pencapaian besar kerana sebelum ini semua pemprosesan heavy rare earth hanya boleh dilakukan di China. Loji Lynas di Pahang kini merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas China,” katanya ketika sidang media, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, kejayaan itu turut membuka lebih banyak peluang kerjasama termasuk dengan China dan Australia yang merupakan antara pemain utama pasaran nadir bumi global.
“Sebab itu kita menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri untuk membenarkan perlombongan nadir bumi, mengikut syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Nazmi turut menafikan dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan meminggirkan negeri-negeri pembangkang, khususnya dalam kumpulan SG4 berkaitan aktiviti perlombongan nadir bumi.
“Sebenarnya garis panduan telah pun dikongsikan kepada semua kerajaan negeri sejak Disember 2023. Menteri Besar Kedah Kedah pun ada datang ke pejabat saya ketika itu,” katanya.
Jelas Nik Nazmi, kelulusan projek perlombongan masih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kementeriannya hanya bertindak sebagai penyelaras dasar serta pemantau kepatuhan kepada syarat-syarat alam sekitar.
Menyentuh isu perlombongan di kawasan hutan simpan kekal, beliau berkata, kajian masih dijalankan dan kerajaan akan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.
“Jika pun dibenarkan, ia akan tertakluk kepada syarat-syarat yang sangat ketat tapi perlombongan di luar kawasan hutan simpan kekal tiada halangan,” katanya sambil merujuk contoh lombong nadir bumi di Kenering, Perak.
Beliau menambah, perkembangan ini mampu membawa manfaat besar kepada Malaysia, terutamanya dalam usaha menjadi hab pemprosesan nadir bumi dan pembuatan berasaskan teknologi tinggi seperti super magnet.
“Semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada bulan lalu, ada perbincangan positif dengan Perdana Menteri untuk berkongsi teknologi pemprosesan nadir bumi di negara kita.
“Kita terbuka kepada kerjasama dengan semua negara, sama ada China, Australia atau Amerika Syarikat kerana yang penting, Malaysia mendapat manfaat sebagai pusat pemprosesan dan nilai tambah kepada industri ini,” katanya.
Ringkasan AI
- Kerajaan Persekutuan menggalakkan kerajaan negeri membenarkan perlombongan unsur nadir bumi (REE) selepas kejayaan Lynas memproses heavy rare earth di Pahang, menjadikan Malaysia antara negara utama dalam industri ini selain China.
- Malaysia menyasarkan untuk menjadi hab serantau bagi perlombongan dan pemprosesan REE, dengan kerjasama antarabangsa termasuk China dan Australia, serta potensi besar dalam teknologi tinggi seperti pembuatan super magnet.
- Kelulusan perlombongan kekal di bawah kuasa kerajaan negeri, dengan garis panduan telah dikongsi sejak 2023. Perlombongan di hutan simpan kekal masih dikaji dan hanya dibenarkan di luar kawasan tersebut mengikut syarat ketat.