SHAH ALAM: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM) akan mengadakan perbincangan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam masa terdekat bagi menubuhkan kesatuan yang melibatkan penggiat industri seni di seluruh negara.
Presidennya, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, kesatuan itu bertujuan memperjuangkan hal ehwal kebajikan warga industri tersebut termasuk aspek pembayaran gaji.
Menurutnya, perkara itu dipandang serius pihaknya memandangkan sehingga kini isu bayaran gaji minimum dalam kalangan pekerja sektor kreativiti berkenaan masih belum selesai.
“Jadi dengan kewujudan kesatuan ini, ia mempunyai akta dan kita dapat perjuangkan tangga gaji dari segi berapa upah yang perlu dibayar kepada warga industri ini.
“Secara tidak langsung, ada paras gaji yang lebih ideal dapat ditetapkan kepada mereka (pekerja industri) nanti,” katanya sebagai panelis dalam Wacana Sinar Edisi 384 bertajuk ‘Bantu Rakyat: Apa Nasib Pekerja Bawahan’ yang dihoskan Ismail Adnan pada Selasa.
Turut menjadi panelis pada program terbabit ialah Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani dan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.
Dalam pada itu, Jurey turut menyuarakan isu royalti mengenai karya-karya filem atau drama yang disiarkan kepada orang ramai.
Jelasnya, ramai penggiat industri berkenaan tidak mendapat imbuhan daripada karya-karya tersebut meskipun disiarkan berulang kali di televisyen.
“Seandainya mereka mendapat bayaran royalti itu, ia dapat diberikan kepada pelakon, penulis skrip dan pekerja di belakang tadbir, jadi ia dapat membantu mereka.
“Jadi, di sini terdapat satu tanggungan sekiranya suatu masa nanti mereka sudah tidak berupaya bekerja,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 15 2023
Jurey Latiff Rosli berkata, kesatuan itu bertujuan memperjuangkan hal ehwal kebajikan warga industri tersebut termasuk aspek pembayaran gaji. -Foto Sinar Harian
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
PVTM, MTUC bincang perjuang kebajikan warga industri seni
Jurey Latiff Rosli berkata, kesatuan itu bertujuan memperjuangkan hal ehwal kebajikan warga industri tersebut termasuk aspek pembayaran gaji.
'Duit tepi' rosakkan kualiti drama tempatan, cacatkan minda penerbit - PVTM
Gelaja pemberian 'duit tepi' yang didakwa wujud di kalangan orang kanan stesen televisyen hanya merosakkan industri drama tempatan.
'Ali Tinju' mengaku tidak bersalah sebut perkataan menghasut
Mohd Ali Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.