awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pyongyang sepatutnya hargai hubungan baik dengan Malaysia

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
05/03/2017
04:51 MYT
Pyongyang sepatutnya hargai hubungan baik dengan Malaysia
Korea Utara seharusnya belajar bagaimana untuk membina hubungan baik dan menghormati negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka. - Gambar fail
Pyongyang seharusnya menghargai dan menjaga hubungan dua hala dengan Malaysia, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Mustafa berkata, dengan status sebagai antara negara diktator yang tidak mempunyai banyak hubungan baik di peringkat antarabangsa, tindakan Duta Korea Utara, yang membuat mempertikai tindakan malaysia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, bakal menjejaskan reputasi republik itu untuk jangka masa panjang.
Ujar beliau, sebagai tuan rumah, Malaysia mempunyai hak untuk menentukan sikap , dasar dan pendiriannya dengan sesebuah negara terutama yang melanggar protokol diplomatik serta nilai-nilai ketatasusilaan.
“Korea Utara harus fikir dengan serius, misalnya jika Malaysia mengambil langkah yang lebih drastik, yang lebih tegas dengan menggantung hubungan dengan Korea Utara, pihak yang akan rugi pihak Korea Utara sendiri kerana Malaysia tidak mendapat banyak faedah daripada hubungannya dengan Korea Utara, hubungan ini sebenarnya lebih banyak mneguntungkan Korea Utara,” ujarnya kepada Astro AWANI.
Tegas beliau, Korea Utara seharusnya belajar bagaimana untuk membina hubungan baik dan menghormati negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
"Sesiapa yang akan menggantikan Kang Chol kelak mesti tahu bagaimana untuk bina hubungan yang baik negara tuan rumah yang mempunyai hubungan dengan mereka.
"Apa pun langkah Malaysia adalah bergantung kepada apakah reaksi Korea Utara selepas ini kerana Malaysia berhak menentukan sikapnya kerana kita tidak mahu mana-mana negara tidak hormati dan keluarkann kenyataan hingga menjejaskan nama kita di peringkat antarabangs,” tegasnya lagi.
Beliau mengulas tindakan Malaysia mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol selepas beliau mempertikai tindakan malaysia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Tindakan itu dilihat melanggar protokol diplomatik dan menghina negara.
Pada Jumaat, Pakar Kimia, Ri Jong-chol diusir balik ke negara asalnya selepas bukti untuk menuduhnya terlibat dalam pembunhan tersebut tidak mencukupi.
Topic Berkaitan
#Diplomatik
#Korea Utara
#Malaysia
#Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan