awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya

Bernama
Bernama
26/11/2018
22:35 MYT
QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Dr Wan Azizah bertemu Sheikha Moza, sambil diperhatikan Sheika Hind (kiri), ketika membuat lawatan ke Yayasan Qatar di Doha, 26 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
Dana Pembangunan Qatar (QDF) sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memantapkan lagi Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, yang kini memberi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Ketua Pengarah QDF, Khalifa Jassim Al Kuwari pada hari kedua lawatan rasminya ke Qatar.
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.
"Wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN), selaku agensi penyelaras, dan juga wakil daripada QDF telah bersetuju untuk bertemu dan mengambil tindakan-tindakan susulan segera bagi memuktamadkan pelan strategik dan cadangan program-program berkaitan yang bakal dilaksanakan di bawah sumbangan pihak Qatar itu," katanya, di sini hari ini.
Terdahulu, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, membuat kunjungan hormat ke atas Pengasas Bersama dan Pengerusi Yayasan Qatar Bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti, Sheikha Moza Nasser.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu ,Sheikha Hind Hamad Al Thani.
Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk menjalinkan kerjasama erat dan memperluaskan lagi skop hubungan serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Qatar.
Beliau berkata antara bidang yang menjadi fokus utama perbincangan ialah pendidikan, penyelidikan, kesihatan, kanak-kanak dan pembangunan sosial.
"Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu dan penderitaan yang dialami etnik Rohingya dan saya merakamkan penghargaan kepada Sheikha Moza di atas kesudian Qatar untuk memberikan bantuan kepada Malaysia dalam membantu menguruskan pelarian Rohingya di negara kita," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata Sheikha Hind juga telah menjemput Malaysia untuk menghantar lebih ramai pelajar Malaysia ke Qatar dan dalam hal itu, kerajaan Malaysia akan mengambil langkah untuk memenuhi permintaan itu.
Sementara itu, Dr Wan Azizah menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kewangan Qatar, Ketua Eksekutif Barwa Bank dan Ketua Pegawai Eksekutif Qlnvest.
"Perbincangan semasa jamuan itu berkisar kepada peluang kerjasama antara Malaysia dan Qatar dalam sektor perbankan dan kewangan Islam.
"Sejurus selepas itu, saya juga telah bertemu Ketua Jabatan Pelaburan dan Ketua Dana Pelaburan Serantau Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, Faisal Thani Al Thani dan perbincangan kami tertumpu kepada usaha untuk merancakkan lagi pelaburan Qatar ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dana Pembangunan Qatar
#Hospital Medan
#kerajaan
#Khalifa Jassim Al Kuwari
#lawatan rasmi
#Majlis Keselamatan Negara
#Malaysia
#pelajar
#pelarian
#perubatan
#Qatar
#QDF
#Rohingya
#Sheikha Hind Hamad Al Thani
#Sheikha Moza Nasser
#sumbangan
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan