awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QS-AUR 2023 : Taylor's University tempat ke-49 terbaik di Asia

Eton Khir
Eton Khir
11/11/2022
14:21 MYT
QS-AUR 2023 : Taylor's University tempat ke-49 terbaik di Asia
Pengiktirafan QS Asia University Ranking 2023 ini menjadikan Taylor's University sebagai sebuah universiti swasta terbaik di Malaysia.
SUBANG JAYA: Taylor's University terus cemerlang dengan menduduki tangga ke- 49 peringkat Asia dalam senarai siri QS Asia University Rankings 2023.
Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan empat anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, sekali gus menjadikan Taylor's University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.
Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Profesor Michael Driscoll berkata pencapaian Taylor’s University sebagai satu-satunya universiti swasta di Asia Tenggara yang tersenarai dalam 50 Universiti Terbaik Asia itu adalah sangat membanggakan.
Katanya, ini kerana senarai QS merupakan persaingan yang sengit di peringkat tempatan dan global.
Jelasnya, ia turut membuktikan kualiti program akademik dan penyampaian pembelajaran universiti serta kaliber ahli fakulti dan pelajar institusi itu.
“Pencapaian yang diperolehi Taylor's University ini sangat membanggakan tidak kira di peringkat tempatan mahupun global. Situasi ini memberi gambaran bahawa pemegang ijazah di Taylor's University memiliki lebih banyak kelebihan dan berkualiti berbanding di universiti lain. Maka, ia merupakan kelebihan terbesar bagi pemegang ijazah di institusi ini.
“Secara tidak langsung, ia membantu pelajar kami untuk memulakan kerjaya mereka dengan baik. Pada masa sama, kami turut bekerjasama dengan ramai rakan kongsi untuk memastikan pelajar-pelajar kami mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka setelah tamat pengajian,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Profesor Michael Driscoll berkata  pencapaian itu secara tidak lansung, memberi gambaran bahawa pemegang Ijazah di Taylor's University memiliki lebih banyak kelebihan dan berkualiti berbanding di universiti lain.
Profesor Michael Driscoll berkata pencapaian itu secara tidak lansung, memberi gambaran bahawa pemegang Ijazah di Taylor's University memiliki lebih banyak kelebihan dan berkualiti berbanding di universiti lain.
Pada masa sama, Driscoll berkata sebagai sebahagian daripada aspirasi Taylor’s University untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti cemerlang dalam jangka masa panjang, pihaknya akan sentiasa komited mendorong inovasi pedagogi bagi memberi persepektif serta pendekatan baharu terhadap institusi pengajian tinggi.
“Kami sangat bercita-cita tinggi untuk memastikan Taylor's University terus meningkat dan akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti yang cemerlang di Malaysia dan di seluruh dunia,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai pencapaian dan program yang ditawarkan di Taylor's University, sila layari laman web https://university.taylors.edu.my/en.html
QS-AUR 2023 | Taylor's University tempat ke-49 terbaik di Asia
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Topic Berkaitan
#taylor's university
#QS-AUR 2023
#Profesor Michael Driscoll
#universiti terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan