[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

Qualcomm bakal lancar peranti 6G pertama seawal 2028

Astro Awani 24/09/2025 | 04:30 MYT
Qualcomm merancang keluarkan peranti prakomersial 6G seawal 2028, dengan China menyasarkan pelancaran rangkaian 6G komersial menjelang 2030. -Gambar fail/Amanz
RANGKAIAN 5G mula dilancarkan secara meluas di Malaysia pada tahun 2021 dan kini, selepas empat tahun, liputannya hampir merangkumi keseluruhan kawasan berpenduduk di negara ini.


Ringkasan AI
  • Malaysia kini hampir mencapai liputan penuh rangkaian 5G selepas pelancaran pada 2021, manakala China dan Korea Selatan telah memulakan pembangunan 6G.
  • Qualcomm merancang keluarkan peranti prakomersial 6G seawal 2028, dengan China menyasarkan pelancaran rangkaian 6G komersial menjelang 2030.
  • Masa depan AI menurut Qualcomm akan dipacu oleh enam trend utama termasuk AI sebagai UI baharu, penggunaan ejen AI, perubahan senibina perkomputeran dan integrasi sensor pintar dalam pelbagai peranti.


Susulan kejayaan pelaksanaan 5G, pembangunan teknologi generasi seterusnya iaitu 6G telah dimulakan di China dan Korea Selatan yang masing-masing berhasrat menjadi negara pertama melancarkan rangkaian tersebut, lapor Amanz.

Pada acara Snapdragon Summit 2025 yang berlangsung di Hawaii, Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm, Cristiano Amon, berkata syarikat beliau merancang untuk mengeluarkan peranti pra-komersial 6G seawal tahun 2028.


China, sebagai contoh, menyasarkan pelancaran rangkaian 6G komersial menjelang tahun 2030, selaras dengan pelan pembangunan teknologi nasional negara itu.

Dalam ucapannya, Amon turut berkongsi enam trend utama yang dijangka memacu masa depan kecerdasan buatan (AI), iaitu:

-AI sebagai antara muka pengguna (UI) baharu,
-peralihan kepada penggunaan ejen AI,
-perubahan senibina perkomputeran,
-mod AI yang semakin hibrid,
-kepentingan data rintis, dan
-pembangunan rangkaian masa depan yang bersifat proaktif.

Trend ini melibatkan integrasi pelbagai sensor dalam peranti pintar seperti kenderaan, cermin mata dan fon telinga yang sentiasa menyedari persekitaran pengguna bagi memberikan saranan yang lebih relevan dan bersifat peribadi.






#kecerdasan buatan #qualcomm #peranti prakomersial 6G #integrasi sensor pintar