GADGETS
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
Selain iPhone, Quick Share juga menyokong penghantaran fail ke iPad, MacBook dan Mac. -Foto Amanz
PADA November tahun lalu, Google memperkenalkan ciri Quick Share yang membolehkan pengguna Pixel 10 menghantar fail ke iPhone melalui protokol AirDrop.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah itu memenuhi permintaan lama pengguna untuk perkongsian fail rentas platform, selaras dengan kehendak Akta Pasaran Digital Kesatuan Eropah (DMA).
Kini, Eric Kay, Timbalan Presiden Kejuruteraan bagi platform Android, berkata ciri tersebut akan diperluas kepada semua peranti Android tahun ini.
Beliau berkata fungsi itu masih dalam ujian, namun tanda perluasan semakin jelas selepas Quick Share Extension dikemas kini baru-baru ini.
Selain iPhone, Quick Share juga menyokong penghantaran fail ke iPad, MacBook dan Mac.
Selama ini, perkongsian rentas sistem operasi hanya dapat dilakukan melalui aplikasi pihak ketiga seperti LocalSend.
Beberapa pengeluar dari China seperti Oppo dan Xiaomi turut membangunkan sistem tersendiri untuk tujuan sama.
Google sebelum ini menegaskan matlamat jangka panjang mereka ialah memperluas interoperabiliti, bukan mengehadkan ciri itu kepada Pixel sahaja. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan ciri Quick Share pada Pixel 10 bagi penghantaran fail ke iPhone, selaras dengan kehendak Akta Pasaran Digital Kesatuan Eropah (DMA).
- Eric Kay, Timbalan Presiden Kejuruteraan Android, mengumumkan rancangan perluasan ciri Quick Share kepada semua peranti Android pada tahun ini.
- Quick Share kini menyokong penghantaran fail ke iPhone, iPad, MacBook, dan Mac, mengurangkan keperluan kepada aplikasi pihak ketiga seperti LocalSend.
Langkah itu memenuhi permintaan lama pengguna untuk perkongsian fail rentas platform, selaras dengan kehendak Akta Pasaran Digital Kesatuan Eropah (DMA).
Kini, Eric Kay, Timbalan Presiden Kejuruteraan bagi platform Android, berkata ciri tersebut akan diperluas kepada semua peranti Android tahun ini.
Beliau berkata fungsi itu masih dalam ujian, namun tanda perluasan semakin jelas selepas Quick Share Extension dikemas kini baru-baru ini.
Selain iPhone, Quick Share juga menyokong penghantaran fail ke iPad, MacBook dan Mac.
Selama ini, perkongsian rentas sistem operasi hanya dapat dilakukan melalui aplikasi pihak ketiga seperti LocalSend.
Beberapa pengeluar dari China seperti Oppo dan Xiaomi turut membangunkan sistem tersendiri untuk tujuan sama.
Google sebelum ini menegaskan matlamat jangka panjang mereka ialah memperluas interoperabiliti, bukan mengehadkan ciri itu kepada Pixel sahaja. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah ciri yang diperkenalkan oleh Google pada November tahun lalu untuk pengguna Pixel 10?
A: Google memperkenalkan ciri Quick Share yang membolehkan pengguna Pixel 10 menghantar fail ke iPhone melalui protokol AirDrop. - Q: Mengapakah langkah pengenalan ciri Quick Share tersebut diambil oleh Google?
A: Langkah itu diambil untuk memenuhi permintaan lama pengguna untuk perkongsian fail rentas platform, selaras dengan kehendak Akta Pasaran Digital Kesatuan Eropah (DMA). - Q: Apakah perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan ciri Quick Share oleh Google?
A: Timbalan Presiden Kejuruteraan bagi platform Android, Eric Kay, mengumumkan bahawa ciri Quick Share akan diperluas kepada semua peranti Android tahun ini, dengan fungsi masih dalam ujian tetapi perluasan menjadi lebih jelas selepas Quick Share Extension dikemas kini. - Q: Selain penghantaran fail ke iPhone, kepada peranti apa lagi Quick Share boleh menghantar fail?
A: Quick Share juga menyokong penghantaran fail ke iPad, MacBook, dan Mac. - Q: Bagaimanakah perkongsian rentas sistem operasi dilakukan sebelum adanya ciri Quick Share?
A: Sebelum adanya Quick Share, perkongsian rentas sistem operasi hanya dapat dilakukan melalui aplikasi pihak ketiga seperti LocalSend.