awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Hujan lebat iringi pengebumian mangsa nahas

Bernama
Bernama
01/01/2015
15:46 MYT
QZ8501: Hujan lebat iringi pengebumian mangsa nahas
Ratusan penduduk kampung mengaminkan doa selepas jenazah Hayati Lutfiyah, 39, selamat dikebumikan bersebelahan kubur bapa mertuanya di Tanah Perkuburan Islam Desa Sawo Tratap, Kecamatan Gedangan dekat Sidoarjo, Jawa Timur. - Foto Bernama
Hujan lebat mengiringi pengebumian jenazah pertama mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid pada Khamis.
Allahyarham Hayati, 39, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Sawo Tratap di Sidoarjo dekat sini pada 5.35 petang waktu tempatan, bersebelahan pusara bapa mentuanya.
Ratusan penduduk kampung memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, seorang daripada 162 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A320 yang terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad.
Identiti Hayati disahkan pada Khamis berdasarkan hasil bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadinya seperti kad pengenalan dan rantai yang tertulis namanya. Jasad Hayati merupakan antara enam jasad yang dibawa ke Hospital Bhayangkara di sini, untuk bedah siasat dan proses identifikasi.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, F Henry Bambang Soelistyo memberitahu sidang media di Jakarta bahawa sehingga kini, sembilan mayat telah ditemui.
Ia merangkumi enam yang dibawa ke Hospital Bhayangkara (termasuk satu yang telah dikebumi), dua yang berada di Pangkalan Bun, Kalimantan dan satu mayat yang dijumpai KD Lekir milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam catatan di laman Twitternya berkata pihaknya mengeluarkan satu jasad lelaki tidak beridentiti di laut dan akan diserahkan kepada pihak Indonesia pada Jumaat.
Pesawat QZ8501 berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.
Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).
Topic Berkaitan
#Hayati Lutfiah Hamid
#mayat
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan