[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
AIRASIA-QZ8501

QZ8501: Indonesia nafi pesawat terhempas di Belitung Timur

Nabihah Hamid 28/12/2014 | 07:23 MYT
Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Djoko Murjatmodjo berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat tersebut.
Kerajaan Indonesia menafikan penerbangan QZ8501 telah terhempas di Pulau Belitung Timur di Laut Jawa.
Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Djoko Murjatmodjo berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat tersebut.
Beliau menegaskan bahawa operasi mencari sedang giat dijalankan
“Sebentar lagi kami akan berangkat untuk memantau tanda-tanda di sekitar lokasi pesawat hilang,” kata Djoko.
Beberapa media sebelum ini melaporkan sebuah pesawat telah didapati terhempas di Pulau Belitung.
#Djoko Murjatmodjo #pulau belitung timur #QZ8501 #terhempas