awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Siasatan data CVR, FDR ambil masa dua minggu - Ketua Penyiasat

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2015
05:00 MYT
QZ8501: Siasatan data CVR, FDR ambil masa dua minggu - Ketua Penyiasat
Analisis kotak hitam FDR dan CVR akan mengambil masa sehingga dua minggu sebelum rumusan isi kandungannya didedah kepada umum. -Gambar fail
Kerja-kerja analisis alat perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia QZ8501 akan mengambil masa sehingga dua minggu sebelum rumusan isi kandungannya didedah kepada umum.
Menurut Ketua Penyiasat Majlis Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKP) Indonesia, Mardjono Siswo Suwarno, pihaknya perlu terlebih dahulu memeriksa kedua-dua kotak hitam itu bagi memastikan ia dalam keadaan baik.
“Jika ia disahkan dalam keadaan baik, tempoh masa lebih kurang setengah jam diperlukan untuk memuat turun kandungan data alat tersebut ke dalam komputer.
“Kandungan data FDR dalam bahasa kod komputer itu perlu diterjemah dan seterusnya analisis akan mengambil masa di antara satu hingga dua minggu,” ujarnya.
Tambah Mardjono, antara maklumat penting daripada kedua-dua alat tersebut adalah tentang pergerakan pesawat dan juga rekod percakapan juruterbang.
Mardjono yang diwawancara dalam program Buletin AWANI sebentar tadi turut memberitahu bahawa perincian maklumat tersebut tidak akan didedahkan keseluruhannya kepada umum kerana ada prosedur antarabangsa yang perlu diikuti.
“Bagaimanapun, intipati ringkas kandungan data itu akan diketahui orang awam apabila diumumkan, termasuklah yang boleh didapati daripada laman web rasmi KNKP,” ujarnya.
Penganalisis dan penyiasat Indonesia kini menjalankan kerja-kerja bedah siasat data tersebut dengan kerjasama pakar penerbangan dari Perancis, dan usaha itu turut disertai penasihat daripada pihak AirBus.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#isyarat ping
#kotak hitam
#Mardjono Siswo
#pesawat
#QZ8501
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan