MIRI: Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi di sini diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar disahkan positif rabies di kampung itu pada 2 Ogos lepas.
Sehubungan itu Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menggesa agar sesiapa yang digigit haiwan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik.
"Tahun ini Sarawak merekodkan 13 kematian daripada 15 kes rabies mengikut Jabatan Kesihatan Sarawak. Sejak 2017 jumlah kumulatif rabies yang menjangkiti manusia kini berjumlah 70 dengan 63 kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selaras dengan peningkatan itu beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak telah mempergiatkan program vaksinasi anti-rabies di seluruh Sarawak terutamanya di bahagian Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
"Satu vaksinasi besar-besaran akan diadakan di Tempat Letak Kereta Taman Awam Miri dari 9 pagi hingga 4 petang pada 19 dan 20 Ogos," katanya.
Dr Rundi berkata DVS Sarawak dan Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah menetapkan sasaran 40,000 ekor anjing untuk divaksinasi di seluruh Sarawak tahun ini, dan sehingga kini 27,668 ekor anjing telah berjaya divaksinasi.
Beliau berkata 392 sampel telah diuji, dan hasilnya 73 ekor anjing dan lima kucing didapati positif rabies.
Jangkitan rabies pada haiwan itu dikesan di Lundu (tiga); Bau (dua); Kuching (31); Padawan (18); Kota Samarahan (lima); Tebakang (empat); Bintulu (dua) dan masing-masing satu kes bagi Siburan, Serian, Sibu, Selangau, Mukah, Marudi dan Lawas.
Menurutnya pemilik anjing mesti memastikan haiwan peliharaan mereka diberi vaksin dan mereka yang gagal melakukannya tanpa sebab munasabah bagi mematuhi Perintah Vaksinasi Anti-Rabies akan dianggap telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun sehingga RM1,000.
Pemilik yang membiarkan anjing mereka berkeliaran di jalanan juga boleh didenda tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 37 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, dan pihak berkuasa tempatan boleh merampas dan menahan mana-mana anjing yang dilepaskan tanpa pengawasan, selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan dan Kawalan Anjing 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
DVS Sarawak dan Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah menetapkan sasaran 40,000 ekor anjing untuk divaksinasi di seluruh Sarawak tahun ini, dan sehingga kini 27,668 ekor anjing telah berjaya divaksinasi. - Gambar hiasan
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
Anjing liar terus ancam keselamatan penduduk
Lebih merisaukan lagi apabila anjing berkenaan didakwa mula bertindak ganas dengan mengejar individu yang melalui kawasan tersebut.
Kes halang MBPJ tangkap anjing liar: Warga emas kemuka representasi
Seorang lelaki warga emas akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh MBPJ.
Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Wanita mengandung enam bulan maut langgar anjing
Wanita mengandung enam bulan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di sini pada Khamis.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
Budak 4 tahun cedera digigit kumpulan anjing liar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas diserang sekumpulan anjing liar dalam kejadian di kawasan lapang Jalan Mampakad Laut, di Pitas pada Rabu.
Kematian warga emas semasa operasi anjing liar diklasifikasikan mati mengejut
Punca kematian lelaki itu adalah respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.