Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan strategi baharu itu pada Isnin dalam usaha berterusan untuk memerangi wabak rabies atau penyakit anjing gila, semasa mempengerusikan mesyuarat pasca nilai Fasa Kelima Operasi Anti Rabies dari 31 hingga 4 Ogos meliputi daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Betong baru-baru ini.
Beliau berkata pemilik diberi notis satu bulan mulai Isnin untuk mengemukakan laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri di bahagian masing-masing.
Katanya ladang yang terletak berhampiran sempadan negeri ini dengan Kalimantan di Indonesia terutamanya mesti mematuhi arahan ini.
"Pada masa sama, semua pegawai Imigresen dan Kastam yang bertugas mengawal semua pintu keluar dan masuk di negeri ini perlu memastikan tiada anjing dibawa masuk dari Kalimantan oleh pemilik atau pekerja.
"Arahan serupa perlu dipatuhi Polis Marin dan agensi penguat kuasa lain yang menyediakan kawalan keselamatan di sepanjang pantai kita," katanya.
Dalam operasi yang dijalankan di daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Betong, beliau berkata sejumlah 832 ekor anjing liar dan 13 ekor kucing telah dimusnahkan.
"Tiada isu atau halangan yang dibangkitkan oleh pemilik anjing, individu atau badan bukan kerajaan," katanya.
Sementara itu, Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata Kuching akan kekal sebagai pusat utama dalam memerangi wabak itu.
Ini, katanya, kerana sungguhpun operasi menyapu bersih dilaksanakan di daerah itu, anjing liar masih merayau-rayau di tempat awam seperti di Taman Budaya, katanya.
Mengenai komen dalam sosial media yang mencadangkan supaya kerajaan negeri mengguna pakai kaedah yang digunakan kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi wabak rabies, Uggah berkata kaedah itu tidak praktikal.
"Pertama sekali Pulau Pinang adalah sebuah pulau. Tetapi Sarawak berkongsi sempadan yang panjang dan berongga-rongga dengan Kalimantan, Indonesia, yang dipercayai tempat penyakit itu mula merebak.
"Kedua, sungguhpun Ketua Menteri mengarahkan supaya semua anjing dimusnahkan, arahan itu dibatalkan pada hari kedua selepas mendapat bantahan orang ramai," kata Uggah.
Beliau juga berkata budaya di negeri ini sangat berbeza, terutamanya dalam kalangan penduduk pribumi, yang memelihara anjing untuk berburu dan atas sebab keselamatan.
Mengenai fasa berikutnya operasi itu, Uggah berkata Fasa Keenam akan meliputi daerah Sibu, Kanowit dan Kapit yang akan dijalankan dari 28 Ogos hingga 4 Sept.
Ini diikuti Fasa Ketujuh dari 5 hingga 12 Sept di daerah Saratok, Sarikei, Meradong dan Julau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 05 2019
UGGAH: Arahan serupa perlu dipatuhi Polis Marin dan agensi penguat kuasa lain yang menyediakan kawalan keselamatan di sepanjang pantai kita. - BERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat - Uggah
Mesyuarat itu akan memberi tumpuan perbincangan dan usaha pencegahan kejadian jerebu.
Muak, cukup-cukuplah projek sakit! - Uggah
Tegas Uggah, penting untuk semua pihak kini menyediakan program dan SOP untuk memastikan sifar projek sakit pada tahun-tahun akan datang.
Isi biji dabai sehebat pistachio dapat jadi produk baharu Sarawak
Sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak.
PRN Sarawak: Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya, Charlie Keling mengumumkan nama-nama calon selepas Penamaan Calon tamat pada jam 10 pagi.
Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah
Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran.
Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah
Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.
Pelbagai skim pertanian bantu tingkat ekonomi rakyat luar bandar
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan akan terus berusaha menambah pendapatan rakyat luar bandar dengan mengadakan pelbagai program pertanian serta rancangan e
Tujuh persetujuan dicapai dalam mesyuarat Petronas dan Sarawak
Tujuh persetujuan berhubung pengambilan lebih ramai anak tempatan Sarawak dalam Petronas dicapai secara baik dalam mesyuarat antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas di Pejabat Perdana Menteri.