awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rabun kronik tidak halang dapat keputusan SPM cemerlang

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
16/06/2022
09:15 MYT
Rabun kronik tidak halang dapat keputusan SPM cemerlang
Soffiyatul Najiha yang bercita-cita menjadi peguam syariah berjaya memperolehi keputusan 6A daripada 11 mata pelajaran. - Gambar/ Astro AWANI
TUMPAT: Masalah rabun kronik yang dialami sejak berumur 13 tahun tidak menghalang Soffiyatul Najiha Mustafa Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021.
Soffiyatul Najiha yang bercita-cita menjadi peguam syariah berjaya memperolehi keputusan 6A daripada 11 mata pelajaran.
Baginya, ia membuktikan dia juga mampu mencipta kejayaan seperti rakan-rakan normal lain yang memperoleh keputusan cemerlang sekiranya memiliki kesungguhan.
"Alhamdulillah, saya tidak menyangka mendapat keputusan ini, walaupun sasaran sebenar mungkin tujuh hingga lapan A, namun saya bersyukur dengan keputusan ini.
"Biarpun memiliki kekurangan pada penglihatan, itu bukan masalah bagi saya untuk berusaha lebih gigih berbanding orang lain.
"Saya tidak rasa mengulang kaji pelajaran sesuatu yang membebankan. Saya tidak ada jadual tetap namun sentiasa mengulang kaji pelajaran mengikut kemampuan.
"Saya juga sentiasa mengambil gambar setiap nota untuk memudahkan saya melihat dengan jelas. Ia juga memudahkan saya untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran," katanya ketika ditemui di luar perkarangan sekolahnya, di sini, hari ini.
Soffiyatul Najiha yang berasal dari Kubang Kerian berazam untuk menjadi seorang yang berjaya dan yakin ia hanya boleh dicapai melalui pendidikan.
Dia berkata setiap hari dia akan solat tahajud dan bangun seawal jam 4 pagi untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.
Katanya, jika diizinkan dia mahu menyambung pengajian di universiti tempatan dalam bidang perundangan.
Ibunya, Suriani Hashim, 53, ketika ditemui pula berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu adalah seorang anak yang rajin mengulang kaji pelajaran.
"Saya tidak memaksanya untuk mengulang kaji, namun dia sendiri yang mahu berbuat demikian," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan, Mohamad Ab Wahab mengumumkan seramai enam calon mendapat keputusan semua A+ dan 213 mendapat sekurang-sekurangnya A-.
Selain itu, katanya sebanyak 88.72 peratus calon yang menduduki SPM di negeri ini lulus 100 peratus dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#keputusan spm
#SPM 2021
#Soffiyatul Najiha
#rabun kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan