Rafizi dakwa akan dedah lebih banyak isu libat skandal LCS

Astro Awani
September 5, 2022 21:40 MYT
Rafizi Ramli memberitahu akan kembali dengan memuat naik lebih banyak pendedahan mengenai kapal tempur pesisir (LCS) dalam masa beberapa hari lagi. -Gambar fail/Sinar Harian
TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan akan kembali memuat naik lebih banyak pendedahan mengenai isu kapal tempur pesisir (LCS) dalam beberapa hari lagi.
Menurutnya, buat masa ini tiada kenyataan panjang dibuat sehingga beliau dapat mengakses akaun Facebooknya semula.
Perkara itu dinyatakan dalam ciapan di akaun Twitter beliau malam tadi.
"Saya masih belum ada akses ke Facebook (sekuriti mengalahkan Fort Knox ni).
"Jadi tak ada kenyataan panjang sehingga saya dapat akses balik," katanya dalam satu ciapan di laman Twitter pada Isnin.

Saya masih belum ada access ke Facebook (ha3 security mengalahkan Fort Knox ni), so xde kenyataan panjang sehingga saya dpt access balik. But will be back with more on LCS etc dlm masa bbrp hari.

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) September 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis sebelum ini dilapor merampas telefon bimbit milik Rafizi untuk membantu siasatan projek LCS membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Menurut kenyataan polis, ia sebahagian proses siasatan bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisis forensik digital dijalankan dan bukannya satu bentuk intimidasi.
#Rafizi Ramli #LCS #rampas telefon bimbit #Abd Latiff Ahmad