Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Rafizi dedah butir pertemuan dengan R. Sri Sanjeevan

Muzaffar Mustapa 28/07/2013 | 05:20 MYT
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan pertemuannya dengan Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan pada Jumaat lalu mengenai senarai kesalahan berkaitan dadah yang mahu didedahkan.

Menerusi akaun Twitter @RafiziRamli sebentar tadi, ahli parlimen itu menjelaskan yang beliau akan meneliti senarai tersebut dalam sedikit masa lagi.

Terkejut dengan kejadian tembakan yang melibatkan Sanjeevan, Rafizi berkata Sanjeevan berada di landasan yang betul dan maklumat yang dimilikinya adalah sahih.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang semalam oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Dia kini berada di Hospital Besar Tuanku Jaafar Seremban dan berada dalam keadaan stabil.
#Rafizi Ramli #sri r.sanjeevan #MyWatch