'Rafizi, jumpa anda di mahkamah!' - Rahman Dahlan

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 16, 2017 07:53 MYT
ABDUL RAHMAN: Lontaran suara kutukan atau fitnah ada batasannya.
"I'll see you in court! (Saya akan jumpa anda di mahkamah!)"
Demikian tegas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang ditujukan khas kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah beliau.
Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dalam kancah politik ada banyak cara yang digunakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan lawannya.
Namun jelasnya, lontaran suara kutukan atau fitnah ada batasannya.
"Perlu ada batasnya.
"Saya menjangkakan permohonan maaf dari beliau ketika sidang media terbaru yang dibuat.
"Tapi sayang, dia masih dengan kata-katanya malah menuduh saya yang cuba memutarbelitkan kenyataan.
"I will see you in court," tegasnya yang ditemui di Pasar Kota Belud pada Sabtu.
Berikut rakaman kenyataan terbabit di laman Twitter:

@501Awani Datuk Rahman Dahlan @mpkotabelud jawap Rafizi Ramli 'saman ke tak saman'? #Part1 pic.twitter.com/ROCbFRMvCN

— Syah Hairizal (@syahhairizal) December 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Datuk Abdul Rahman Dahlan @mpkotabelud jawap Rafizi Ramli 'saman ke tak saman' #part2 pic.twitter.com/DASVOIHGkY

— Syah Hairizal (@syahhairizal) December 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Rafizi salah tuduh, Noor Raslan bukan abang saya - Rahman Dahlan
#Abdul Rahman Dahlan #fitnah #Kota Belud #Rafizi Ramli