awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi nafi pembangunan PADU libat syarikat, individu luar

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
05:10 MYT
Rafizi nafi pembangunan PADU libat syarikat, individu luar
PADU yang dilancarkan pada 2 Januari lalu merupakan satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan penglibatan Ketua Pegawai Eksekutif Accio Technologies, Cher Han Lau di dalam proses pembangunan sistem Pengkalan Data Utama (PADU).
Tegas beliau, pembangunan sistem itu tidak melibatkan syarikat mahupun individu berkenaan.
"Saya mengambil maklum siaran sosial media oleh stesen radio BFM89.9 mengenai Han Lau, yang mendakwa bahawa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan PADU," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, semakan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati dakwaaan Han Lau itu tidak benar.
"Pasukan analitik PADU menjemput Han Lau hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) di dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya dan 'machine learning'," jelas Rafizi.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Nor Azmie Diron memaklumkan PADU dibangunkan secara dalaman oleh kementerian itu, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) tanpa membabitkan perunding luar.
Langkah itu membina kepakaran dan keupayaan penjawat awam selain pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan keselamatan data terjamin.
PADU yang dilancarkan pada 2 Januari lalu merupakan satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#PADU
#kepakaran luar
#Cher Han Lau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan