awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi Ramli akan pertahan ucapan di mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2014
09:57 MYT
Rafizi Ramli akan pertahan ucapan di mahkamah
Rafizi kini menunggu writ saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur. - Gambar fail
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini telah menjawab surat tuntutan (letter of demand) yang dihantar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengenai kenyataannya di dalam video bertajuk: “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.
Antara kandungan surat yang dihantar melalui peguamnya N.Surendran dan Tetuan Daim Gamany adalah beliau mengakui membuat kenyataan berkenaan, dan sebagai seorang ahli parlimen, Rafizi berhak untuk membangkitkan dan menjelaskan isu berkenaan kepada rakyat Malaysia.
“Kami seterusnya diarahkan untuk menyatakan secara mutlak bahawa perkataan yang digunakan itu, tidak memfitnah kepada anak guam anda.
“Kami seterusnya menyatakan bahawa perkataan digunakan tidak membawa makna sindiran yang dikatakan dalam perenggan tiga surat anda,” menurut syarikat guaman Rafizi di dalam surat balasnya.
Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata ucapan yang dibuat itu mempunyai kepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara.
“Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghapuskan subsidi minyak ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.
“Saya kini menunggu writ saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#Rafizi Ramli
#Rosman Mansor
#subsidi minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan