awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
MALAYSIA
'DNAA Najib satu rahmat daripada Allah’ - Rosmah
MALAYSIA
Tiga pelajar UTM cipta mesin pencetak layan diri 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Rafizi sudah kembali bertugas hari ini - Chang

Bernama
Bernama
06/05/2025
12:00 MYT
Rafizi sudah kembali bertugas hari ini - Chang
Anwar pada Jumaat lepas dilaporkan berkata tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.
Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
"Pagi tadi saya ada bersama dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Rafizi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri Jepun Kishida Fumio, di Pejabat Perdana Menteri.
"Jadi ya lah, memang sah beliau (Rafizi) sudah mula bekerja," katanya kepada media selepas pelancaran Program Innovathon Musim Ketiga, di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan desas-desus mengenai Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti, terutamanya ketika proses Pemilihan PKR 2025 sedang berlangsung di seluruh negara.
Anwar pada Jumaat lepas dilaporkan berkata tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya cuti yang dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Parlimen
#pelaburan
#cuti panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami