SIBU: Fakta peribadi tentang Rosli Dhoby, pahlawan negara yang pernah menggegarkan dunia kolonial British dengan pembunuhan gabenor negara penjajah itu pada 1949 demi kemerdekaan Sarawak akan dipersembahkan dalam sambutan Hari Sarawak di sini 22 Julai ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kisah hidup dan keperibadian pejuang kemerdekaan Rosli yang tidak pernah diketahui umum akan diketengahkan dalam satu persembahan teater muzikal pada sambutan hari berkenaan.
"Sambutan Hari Sarawak merupakan satu daripada acara tonggak utama kerajaan Sarawak yang diadakan setiap 22 Julai bermula 2016 dan diisytiharkan sebagai cuti umum di negeri ini dan tarikh itu perlu diingati sebagai detik penting dalam sejarah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Sarawak," katanya.
Beliau berkata sambutan hari berkenaan telah diadakan secara hibrid dan dalam kesederhanaan bagi tempoh dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19, namun berikutan negara berada dalam peralihan ke fasa endemik, kerajaan negeri memilih bandar Sibu untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan secara fizikal tahun ini.
"Upacara sambutan di Stadium Tertutup Sibu akan disiarkan secara langsung melalui Facebook UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak) dan turut dipancarkan ke skrin besar di Dataran Tuanku Bujang Sibu untuk ditontoni orang ramai," katanya dan menambah sambutan itu juga akan diadakan serentak dengan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) di bandar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Awang Rambli Amit Mohd Deli (duduk, kanan) dihukum mati bersama tiga orang lagi rakannya termasuk Rosli Dhoby pada 1950 kerana cubaan membunuh Sir Duncan Stewart, residen British di Sarawak ketika itu. - Gambar fail BERNAMA
![[LAPOR LANGSUNG] Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel [LAPOR LANGSUNG] Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701726685_TBKHANYOUNISGAZA.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Rejim Zionis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
Jiwa SME: Merentasi sempadan dengan susu kambing UHT berkualiti tinggi
Kaprima, susu kambing berkualiti tinggi daripada Tenox Agrobusiness (M) Sdn Bhd, bersedia menakluki pasaran antarabangsa termasuk Hong Kong, Taiwan, Singapore, Brunei, dan Turkiye. Dengan kaedah Ultra Heat Temperature, Kaprima menawarkan enam perisa unik dan menarik, dijamin tahan lama tanpa pembekuan, menjadikannya pilihan utama untuk penggemar susu kambing.

Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segera
IDF dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.
Azalina harap Mahkamah Madrid jatuhkan hukuman setimpal ke atas Stampa
Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada Kumpulan Sulu.
Reformasi institusi: Tambah baik usaha, beri kefahaman kepada rakyat
Kerajaan juga diseru agar lebih terbuka dan proaktif dalam mengetengahkan usaha yang dilakukan mereka.
Diskaun saman trafik hingga 50%, 8-10 Disember ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena program setahun bersama kerajaan madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 8 hingga 10 Disember pada Ahad.
259,668 calon duduki ujian Amali Sains hari ini
Jumlah itu melibatkan sejumlah 91,908 orang calon mendaftar bagi mata pelajaran Fizik, manakala bagi mata pelajaran Kimia (93,135 orang calon); Biologi (72,841 orang calon) dan Sains Tambahan 1,784 orang calon.

Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Rejim Zionis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
Lebih 6,000 mangsa banjir terjejas di Kelantan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Selasa mencatatkan peningkatan kepada 6,000 mangsa.
Cuba & Iran meterai perjanjian tingkat bilateral
Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel, dan rakan sejawat Iran, Ebrahim Raisi, menandatangani perjanjian bilateral untuk meningkatkan kerjasama, sambil mengecam genosid Israel terhadap Palestin.

Rahsia Rosli Dhoby dipentaskan dalam sambutan Hari Sarawak
Kisah hidup dan keperibadian pejuang kemerdekaan Rosli yang tidak pernah diketahui umum akan diketengahkan.