PENAMPANG: Seperti mana perayaan lain di negara ini Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan tidak terhad diraikan penduduk Sabah semata-mata, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Beliau berkata meraikan secara bersama Pesta Kaamatan, sebuah pesta menuai tahunan pada 30 dan 31 Mei, dapat mengukuhkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, selain memupuk semangat kesefahaman dengan mendalam mengenai adat serta budaya antara satu sama lain.
Justeru katanya pelbagai acara sempena Pesta Kaamatan telah diatur di Sabah juga di Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung bagi meraikan Pesta Kaamatan bersama seluruh rakyat Malaysia, antaranya Unduk Ngadau, pertandingan ratu cantik tradisi, dan Sugandoi, pertandingan nyanyian lagu rakyat.
"Pelancaran sambutan Pesta Kaamatan dijadualkan pada 1 Mei ini, kemudian pelbagai acara akan diadakan, dan ia juga akan disambut di luar Sabah dan Sarawak, seperti di Johor pada 5 Mei, Melaka pada 6 Mei dan Lembah Klang 13 Mei," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pelancaran Pesta Kaamatan 2023 pada 1 Mei ini akan berlangsung di Dewan Seri Sulaman, Tuaran, dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan kemudian pelbagai acara telah diatur di daerah-daerah Sabah, serta negeri lain seluruh negara, sebelum sambutan kemuncak di sini pada 30 dan 31 Mei.
Jeffrey berkata selain Malaysia pihaknya juga menerima cadangan mengadakan sambutan perayaan itu di luar negara seperti di Australia dan New Zealand, justeru beliau mengalu-alukan cadangan itu serta mengajak orang ramai di luar negara untuk bersama meraikan Pesta Kaamatan.
Katanya bagi memastikan budaya serta tradisi Pesta Kaamatan dikekalkan untuk generasi akan datang, pihaknya sedang berusaha untuk mendaftarkan elemen pesta itu dengan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 berkata, pihaknya merancang untuk menghantar tujuh elemen perayaan itu bagi didaftarkan dengan UNESCO merangkumi pakaian, makanan dan muzik tradisi.
"Selain mengekalkan budaya dan tradisi ini, dengan mendaftarkan elemen ini dengan UNESCO kita juga berharap dapat membawa Pesta Kaamatan ini ke peringkat antarabangsa sebagai sebuah budaya dan tradisi yang dikongsi seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, Jeffrey menasihatkan orang ramai yang menyambut dan menyertai acara dalam Pesta Kaamatan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan langkah pencegahan penyakit berjangkit seperti COVID-19 dengan memakai penutup muka di kawasan awam di samping kerap menggunakan pembasmi kuman untuk menjaga kebersihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Jefrrey (tengah) pada sidang media sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang hari ini. - Foto BERNAMA
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Beberapa rumah, jalan digenangi air di Rhodes
Beberapa kawasan di pulau pelancongan terkenal Rhodes di Greece digenangi air selepas hujan lebat melanda daerah itu susulan Ribut Bora melanda negara itu untuk hari kedua.
Teknologi terkini mampu ramal risiko dua minggu awal
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi melakukan ramalan cuaca.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Perkembangan banjir di Kedah
Lintas langsung situasi banjir di Kedah bersama wakil Astro AWANI, Abdul Hadi Che Awang.
Perkembangan banjir di Kelantan
Lintas langsung Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai perkembangan, tahap keselamatan dan operasi keselamatan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
[TERKINI] Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Susualan pendedahan Zahnita Wilson di hantaran Instagramnya bahawa dia dibelasah sehingga mengalami lebam di wajahnya, polis menahan suami kepada bekas peragawati dan pelakon terkenal itu.
Sita akaun bank BERSATU dibuat ikut peruntukan undang-undang - SPRM
Penyitaan akaun bank milik Parti BERSATU dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.
Penjarakan pesalah jika babit mangsa kanak-kanak
Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong
Kerajaan arahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan.
SUKMA 2024: Atlet Sabah dinasihat jaga disiplin, nama baik negeri - Ellron
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menasihati atlet negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga nama baik negeri.
Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie
Definisi dan situasi miskin tegar di Sabah tidak sesuai untuk disamakan dengan Semenanjung dalam usaha mencari langkah penyelesaian tuntas isu itu di negeri berkenaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.